Saturday, April 4, 2009

Sambutan Malam Perpaduan: Gawai Kaamatan



Tuan, MEMOHON MEMBUAT LIPUTAN SAMBUTAN MALAM PERPADUAN : GAWAI KAAMATAN
 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Mahasiswa Sabah dan Sarawak (BKMSS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan program Sambutan Malam Perpaduan : Gawai Kaamatan pada butiran berikut: 

 Tarikh : 4hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
 Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM 

 3. Sehubungan itu, pihak sekretariat BKMSS ingin memohon pihak UCiTV untuk membuat liputan di sepanjang program ini berlangsung. Bersama-sama ini disertakan butiran tentatif program untuk tindakan dan makluman pihak tuan.

 4. Kerjasama dan perhatian yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai. 
Sekian terima kasih. 
 Yang benar 
 FERNANDEZ AU 
Pengerusi Biro Kebudayaan Mahasiswa Sabah dan Sarawak UTHM
 ********************************* 
 Masa Perkara Tindakan 
7.30pm Ketiban VVIP dan Jemputan AJK Protokol 
7.35pm Makan malam VVIP AJK Jamuan 
8.30pm Ketibaan VVIP dan Tetamu DTII AJK Protokol 
8.40pm Negaraku dan Gemilang UTHM AJK Teknikal 
8.45pm Bacaan Doa Sdr Mohd Hadi 
8.50pm Tayangan Montaj Kaamatan gawai AJK Publisiti 
9.00pm Aluan Pengarah Program Sdr Fernandez Au 
9.10pm Ucapan Pengarah Pusat Islam dr. Hussein Osman 
9.30pm Ucapan Perasmian En Justin Kinsik @ Augustine 
10.10pm Persembahan Koir Kebudayaan AJK Kebudayaan dan Keraian Tarian Kebudayaan Sabah Model Unduk Ngadau dan Kumang Gawai 
 Persembahan Kebudayaan UTM Tarian Kebudayaan Sarawak 
 Persembahan Kebudayaan UTem Cabutan Tiket Bertuah 
11.40pm Nyanyian lagu "Perpaduan Asas Kejayaan dan Bersurai 

 P/S Perasmi En. Justine Kinsik @ Augustine Timbalan Presiden Persatuan Kadazandusun Negeri Sabah Cawangan Lembah Klang, Semenanjung Malaysia. 
 En. Au Yun Foh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Matunggong Sabah Merangkap Presiden Persatuan Momogun Rungus (Samora) daerah Matunggong Sabah

No comments: