Thursday, September 7, 2023

Sesi Perkongsian Ilmu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Berdasarkan Horizon Baharu Hibrid



Sesi Perkongsian Ilmu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Berdasarkan Horizon Baharu Hibrid

Pejabat Pengurusan Kualiti UTHM sedang dalam usaha untuk membudayakan dan memperkasakan inovasi dalam universiti melalui pendekatan horizon baharu yang akan diperkenalkan dikalangan staf.
Ini akan membuka peluang kepada warga universiti untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri dalam menghasilkan projek-projek inovatif yang berimpak tinggi berdasarkan horizon baharu ini.

Sehubungan dengan itu, YBhg., Prof./tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu  secara live streaming yang akan diadakan menurut butiran berikut:

Tarikh              :        07 September 2023 (Khamis)
Masa                :        10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari
Penceramah    :        Encik Al-Bakri bin Mohammad @ Ahmad, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Platform      :     Youtube https://www.youtube.com/c/PrestigeGlobalTV

Monday, September 4, 2023

Pertandingan Robotik Kebangsaan NRC 2023

 






Pertandingan Robotik Kebangsaan NRC 2023

Tarikh : 4-7 Sept 2023 (Isnin-Khamis) Masa : 9.00-5.00 ptg Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Friday, September 1, 2023

Program Lawatan Terapi Minda dan Program Open MIC AKRAB

 




Nama Program          : Terapi Minda & Open MIC 

Justeru, anda ‘stress’? Anda selalu rasa nak marah? Anda rasa tidak disayangi? Anda rasa tidak dihormati? Anda sangat rasa ‘down’? Tiada rakan disamping untuk bercerita dan bergosip-gosip?

Tarikh                         : 01 September 2023 (Jumaat) 

Masa Bertolak           : 6.30 pagi 

Pengangkutan           : Bas UTHM  

Tempat Program       : Di Pantai Tanjung Sedili & Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor 

Tuesday, August 29, 2023

Majlis Menandatangani (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP



Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP (Industrial Collaboration Program)

Tarikh : 29 Ogos 2023 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : UTHM Kampus Cawangan Pagoh
YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini sudi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KPT dan TDA dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP.
MOU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif, TDA.
Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU bersama YB Menteri ialah YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Sim Tze Tzin, Pengerusi TDA dan YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.
YB Menteri turut menyaksikan pertukaran MoU antara TDA, Indra Sistemas dan UTHM yang diwakili Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM yang turut disaksikan Datuk Hj. Md Jais Hj. Sarday, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mewakili Pengerusi LPU UTHM.
Turut berlangsung pada majlis ini adalah pelancaran Makmal-makmal UTHM di bawah Insiatif ICP yang merangkumi teknologi sistem dan simulasi dalam bidang Cybersecurity dan Railway Signalling & Automatic Fare Collection Systems. Pembangunan makmal-makmal ini yang melibatkan Perkongsian dan Pemindahan Sistem Teknologi Platform telah dimudahcara oleh TDA melalui platform ICP dengan kolaborasi bersama Syarikat Indra Sistemas S.A atau “Indra” (berpengkalan di Sepanyol) dan UTHM.

Monday, August 28, 2023

International Conference on Electrical and Electronic Engineering 2023 (ICon3E2023)




 International Conference on Electrical and Electronic Engineering 2023 (ICon3E2023)

Date : 28th - 29th August 2023
Time : 12.00 noon
Venue : Everly Hotel, Putrajaya

Tazkirah Pagi AKRAB (TAPAK) : JOM DETOX @ detoxify

 

Tazkirah Pagi AKRAB (TAPAK) : JOM DETOX @ detoxify 

Tarikh             : 28 Ogos 2023 (Isnin) 
Masa               : 9.00 pagi hingga selesai 
Platform         : https://youtube.com/@PrestigeGlobalTV
Penceramah  : Ustaz Muhammad Amirulhakim Bin Saparudin

Anjuran :
Biro Kebajikan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Sunday, August 27, 2023

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT ke-29 Tahun 2023



 

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KE-29 TAHUN 2023 KINI DIBUKA

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT secara hibrid (dalam talian & fizikal) pada 19 hingga 27 Ogos 2023 dengan hadiah wang tunai dan hadiah menarik menanti pemenang.
Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) ini bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa, bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan berkenaan isu, dasar, polisi alam sekitar di peringkat negara Malaysia dan antarabangsa.
Pertandingan ini akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu menggunakan format Perdebatan Ala Parlimen dan akan disertai oleh pasukan daripada IPT Awam, IPT Swasta, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik.
Penyertaan kini dibuka. Ayuh sertai DAS sebelum kuota maksimum 30 pasukan penuh.
Ikuti akaun sosial media rasmi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini pertandingan.

Tuesday, August 22, 2023

Majlis Anugerah Bitara Kirana 2023



Majlis Anugerah Bitara Kirana 2023

Tarikh : 22 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Monday, August 21, 2023

Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2023



Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2023

Tarikh : 21 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pentas Utama, Aras 2, PTTA

Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Rozaida binti Ghazali, FSKTM
Tajuk : Delving into the Depths: How Deep Learning Transforms Data into Actionable Insights

Sunday, August 20, 2023

Siri Program Ekspresi Cinta Negara


 Siri Program Ekspresi Cinta Negara

Tarikh : 20 Ogos 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : FB
https://www.facebook.com/jssppukuthm/videos/2221973764659010/