Sunday, December 9, 2012

Majlis Vikara Night 2012

Majlis Vikara Night

Tarikh : 9 Disember 2012
Masa : 7.30 pm ~11.30 pm
Tempat : Dewam kuliah A (Kompleks G3)
Dirasmikan oleh : Mr. Mahaganapathy Dass PJK, PMC
(Presiden 1Malaysia Indian Student Movement)

Penyelaras : Palanisamy A/L Paramasivan
012 7435518

S. Menega : 019 4753539

Friday, December 7, 2012

PERTANDINGAN ZAPIN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

ANJURAN YAYASAN WARISAN JOHOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH BATU PAHAT DAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BERTEMPAT DI DEWAN KONVOKESYEN UTHM

TARIKH : 7 HINGGA 9 DISEMBER 2012

saringan : 7 hingga 8 Disember 2012

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Zapin Peringkat Negeri Johor 2012 akan diadakan
di Dewan Konvokesyen UTHM jam 8.00 malam yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor 
 
Contact Info:
Muhammad Shahrin Bin Haron Pegawai Kebudayaan Pejabat Naib Canselor UTHM 0122411607
 

Thursday, December 6, 2012

MechyFEST 2012

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM MECHYFEST 2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program MechyFEST 2012 seperti ketetapan berikut:

            Program         :           MechyFEST 2012
Tarikh             :           06 - 08 Disember 2012
            Tempat           :           Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM
                                                Dewan Terbuka
                                                Tempat letak kereta Dewan Terbuka

3.         Untuk pengetahuan tuan, program julung kali yang diadakan ini adalah merupakan gabungan program – program akademik FKMP yang mempunyai elemen Outcome Based Education (OBE) yang terdiri daripada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti pertandingan, pameran, seminar serta simulasi perniagaan. FKMP mengambil inisiatif menggabungkan matapelajaran – matapelajaran yang mempunyai elemen tersebut untuk diadakan dalam suatu karnival yang dinamakan MechyFEST 2012.

4.         Untuk maklumat lanjut, boleh layari kami di :

            Laman web     : http://www.mechyfestuthm.com/
            Facebook        : http://www.facebook.com/mechyfestuthm
            Youtube           : http://www.youtube.com/user/mechyfestuthm

5.         Sehubungan dengan itu, pihak majlis amat berbesar hati menjemput Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir dan memeriahkan majlis ini.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan  amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,


PROF. MADYA DR. YUSRI BIN YUSOF
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM
Samb: 7700

Wednesday, December 5, 2012

Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 2012


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA KALI KE-10

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan menganjur Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 08.00 Pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

3. Program pada kali ini akan mengenengahkan bakat-bakat pelajar UTHM dalam membuat persembahan pengucapan berirama (choral speaking) dalam bahasa yang dipelajari oleh mereka pada semester ini. Terdapat 8 bahasa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar pada kali ini iaitu Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa.

4. Sehubungan itu, dijemput YBhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta dalam memeriahkan lagi program yang dilaksanakan ini.


Siti Hajar bte Bidin

sitihajar@uthm.edu.my



Tel : 07-4564292
UNIT PROMOSI
PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA  KALI KE-10
JABATAN BAHASA & KOMUNIKASI
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA












Tuesday, December 4, 2012

Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 8 Tahun 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jld. 2 ( 86 )                                              30 November 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 73 TAHUN 2012
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 8 TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti akan mengadakan Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 8 Tahun 2012 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        4 Disember 2012 (Selasa)
                   Masa            :        8.00 pagi hingga 9.30 pagi
                   Tempat        :        Stadium (UTHM)

2.       Objektif program ini adalah untuk mewujudkan budaya sihat di kalangan warga UTHM dan medium aktiviti riadah perdana dalam membentuk keseimbangan di tempat bekerja. Majlis ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/ seminar/kursus.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/MR/myh/29.11.2012/Pekeliling Am UTHM


TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 8 TAHUN 2012


Tarikh    :     4 Disember 2012 (Selasa)
Masa      :     08:00 pagi – 9:30 pagi
Tempat  :     Stadium (UTHM)


8.00 pagi   :       Ketibaan Warga Universiti
8.05 pagi   :       Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
8.10 pagi   :       Program Senamrobik (Tai Chi)
9.30 pagi   :       Bersurai
Jamuan

Nota :
Sebarang pindaan adalah tertakluk pada perubahan oleh penganjur dari semasa ke semasa.
                                                        



--
MOHAMAD YUSRIZAN BIN HARUNBahagian Pengurusan dan Pentadbiran
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim.

Tel   : 07-4537145
Fax  : 07-4536337

Coming together is a BEGINNING...Keeping together is PROGRESS...Working TOGETHER is SUCCESS!!!

Thursday, November 29, 2012

The Application of BIM in Construction Industry



The Application of BIM in Construction Industry

Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DK FPTP

  / Selamat Sejahtera

Y.Bhg Dato'/ Prof / Tuan / Puan,
 
JEMPUTAN KE MAJLIS SEMINAR - FPTP
The Application of BIM in Construction Industry


Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan akan mengadakan Seminar The Application of BIM in Construction Industry sempena minggu Professor Pelawat dan Professor Adjung seperti ketetapan berikut:

                Tarikh                   : 29 November 2012 (Khamis)
                Masa                    : 9.00 pagi
                Tempat                 : Dewan Kuliah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Penceramah : Professor Heng Li ( Hong Kong Polytechnic Univesity)
Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid (Executive Director, CREAM (CIDB)
Penyertaan : Semua dijemput hadir | Masuk Percuma

3. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

'Dengan Hikmah Kita Meneroka'

Sekian.

***********************************
Dr Md Asrul Nasid B. Masrom
Jabatan Pengurusan Pembinaan
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tel: 07-4533925




Tuesday, November 27, 2012

Unesco World Television Day 2012


Unesco World Television Day 2012


Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM UNESCO “WORLD TELEVISION DAY 2012” ANJURAN FKEE

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan menganjurkan Program UNESCO “World Television Day
2012”. Butiran lengkap mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

                  Program
   :          UNESCO “World Television Day 2012 
                  Tempat
     :          Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
                  Tarikh   
   :           27 November 2012 (Selasa)
                  Masa     
    :          8:30 pagi – 3:15 petang

Sehubungan dengan itu, pihak fakulti amat berbesar hati menjemput semua warga UTHM bagi memeriahkan lagi sambutan program
pada tahun ini. Kerjasama dan perhatian daripada Y. Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.
  
A
turcara Program 

8.30 pagi
:      Ketibaan staf, pelajar dan tetamu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) 
8.45 pagi:
       Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan tetamu VVIP
9.00 pag
i :      Majlis pembukaan dan perasmian program.
10.00 pagi:
    Pembukaan tapak pameran berkenaan teknologi terkini televisyen
10.30 pagi:
    Minum pagi
11.00 tghari:
  Ceramah oleh Dr. Nawiyah Che Lah, Timbalan Pengarah Dasar dan Penyelidikan
RTM, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Tajuk ceramah: Broadcasting in Malaysia: the past, the present and the future
12.00 tghari:  Makan tengahari (pameran diteruskan sehingga 3.00 petang)
2.00 petang:
  Ceramah oleh En. Mohd. Salleh bin Mansor, Jurutera, SHARP Manufacturing Corporation (M) Sdn. Bhd.
Tajuk ceramah: Teknologi LCD Tv.
2.30 petang:  Ceramah oleh En. Ghazally bin Spahat, Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, UTHM.
Tajuk ceramah: Video dalam pendidikan
3.00 petang:
  Minum petang
 3.15 petang: Program tamat


Aturcara tambahan:
1.      Jualan piza oleh Domino’s Pizza
2.      Cabutan nombor bertuah
 
 








“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

===========================================
Dr. Jais Bin Lias
Pengarah Program UNESCO “World Television Day 2012”
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
Tel. Pejabat: 07-4537387
E-mel          : jaisl@uthm.edu.my
============================================


Tuesday, November 20, 2012


International Conference on Mechanical & Manufacturing Engineering with the theme Sustainable Engineering towards Green Technology

20-21 November 2012

Seminar Hall Level 3, UTHM Library Building
Time : 8.00 AM

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
PERSIDANGAN ANTARABANGSA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN KALI KE-3 (3RD INTERNATIONAL CONFERENCE ON MECHANICAL AND MANUFACTURING ENGINEERING) - ICME 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Kali Ke-3 (3rd International Conference on Mechanical and Manufacturing Engineering) - ICME2012. Persidangan dua (2) hari ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

         Tarikh   : 20 - 21 November 2012 (SELASA - RABU)
         Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
         Tempat   : Perpustakaan UTHM
 Pengucap Utama : Profesor Ir Dr Hj Abas bin Abdul Wahab (20 November 2012)
: Profesor Dr Mustafizur Rahman (20 November 2012)
: Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin (21 November 2012)


3.   Oleh yang demikian, Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan adalah dengan hormatnya dijemput hadir bagi memeriahkan persidangan ini.  Maklumat lanjut berkaitan ICME2012 adalah seperti di pautan ini: ICME2012.

4. Segala kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


PROF. MADYA DR. AHMAD JAIS BIN ALIMIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana TechRural 2012 dan ICME 2012
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia




Sunday, November 18, 2012


1st National Technological Exposition on Rural Innovation (TechRural 2012)

Date    :   18th - 21st November 2012
Time : 8.00 am
Place : DTII

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE EKSPO TEKNOLOGI INNOVASI DESA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA ( 1ST NATIONAL TECHNOLOGICAL EXPOSITION ON RURAL INNOVATION) -TECHRURAL 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan Ekspo Teknologi Inovasi Desa Peringkat Kebangsaan kali pertama (Techrural 2012). Butiran lengkap mengenai program tersebut adalah seperti berikut :-


Tarikh : 18 - 21 November 2012 (AHAD - RABU)
Masa : 9.00 pagi - 7.00 Petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM



3. Aktiviti - aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti Pameran dan Pertandingan Inovasi, Gerai Jualan, Derma Darah, Peluang Kolaborasi bersama industri dan sebagainya.

4. Oleh itu, semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini . Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Maklumat lanjut berkaitan ICME2012 adalah seperti di pautan ini: TECHRURAL2012.

Sekian.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,



PROF. MADYA DR. AHMAD JAIS BIN ALIMIN
Pengerusi
Jawatankuasa TechRural 2012 dan ICME 2012
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Friday, November 9, 2012

Taklimat Outcome Based Budgeting(OBB) Oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)

Taklimat Outcome Based Budgeting(OBB) Oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)

 Perkara : Taklimat Outcome Based Budgeting(OBB) oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)
Tarikh : 09/11/2012 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik auditorium, aras 3 Bangunan Perpustakaan UTHM