Thursday, August 30, 2012

Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Tahun 2012 (UTHM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 53 )                                                   13 Ogos 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 45 TAHUN 2012
_____________________________


PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Hospital Pantai Batu Pahat akan menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Tahun 2012 peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        30 Ogos 2012 (Khamis)
                   Masa           :        8.00 pagi hingga 5.00 petang
                   Tempat        :        Dewan Utama (UTHM)

2.       Program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah dipersilakan hadir bagi memperoleh informasi dan menjayakan serta memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100


s.k.    -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/myh/09.08.2012/Pekeliling Am UTHM





TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

30 OGOS 2012
DEWAN UTAMA (UTHM)


8.00 pagi              :        Pendaftaran Peserta
                             :        Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 pagi              :        Bacaan Doa

9.00 pagi              :        Persembahan Tarian Zapin

9.15 pagi              :        Ucapan Aluan
oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pantai Holding Berhad - En. Aminudin bin Dawam

Ucapan Perasmian Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2012 oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Maryati bt. Mohamad

10.00 pagi            :        Pertandingan Persembahan Kreatif

11.00 pagi            :        Forum Penyusuan Ibu

12.00 tgh              :        Pertandingan Persembahan Kreatif

12.50 tgh              :        Cabutan Bertuah

1.00 ptg                :        Makan Tengahari

2.00 ptg                :        Pertunjukan Fesyen

3.00 ptg                :        Cabutan Bertuah

3.15 ptg                :        Penyampaian Hadiah

4.30 ptg                :        Minum Petang
                                      Bersurai

Tuesday, August 28, 2012

Kolokium Jalinan Bestari


Kolokium Jalinan Bestari
anjuran bersama
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia, UTHM
& Majlis Guru-guru Kaunseling Kebangsaan (Rendah), Kluang

Tarikh : 28 Ogos 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jamuan 3&5

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Iftar Ramadan 2012

Majlis Iftar Ramadan Majlis Agama Islam Johor Bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) :
Tarikh : 14 Ogos 2012 (Selasa)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Contact Info:
Encik Zainudin Samidun 07-4533496

Saturday, August 11, 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012 Parlimen Pagoh

Majlis Berbuka Puasa 2012 Parlimen Pagoh

Tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 6.45 petang
Tempat: Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh, Muar, Johor


Contact Info:
En. Haizal bin Ahmad @ Mohamad Pejabat Hubungan Universiti Dan Masyarakat Tel: 07-453 7148

Aturcara
Majlis Berbuka Puasa Parlimen Pagoh
Sabtu 11 Ogos 2012
Kompleks Seri Pekembar Pagoh


2.30 petang : Ketibaan Tetamu jemputan

3.00 petang : Majlis Tadarus Al-Quran
Dewan Seri Pekembar

4.30 petang : Ketibaan Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd. Yassin
Tim.Perdana Menteri Malaysia

: Solat Asar

: Majlis Khatam Al-Quran

: Ucapan Y.A.B Tim.Perdana Menteri Malaysia


: Penyampaian sumbangan
  • sesi bersama anak-anak yatim diiringi Dato’ Naib Canselor
  • sesi bersama warga kurang bernasib baik

: Tazkirah bersama Dato’ Mufti Johor

: Berbuka puasa ringan dan solat Maghrib

: Jamuan

Bersurai



Jumlah jemputan :
  1. Pegawai Kanan Universiti : 26 orang
  2. Pegawai Universiti : 20 orang
  3. Pelajar Universiti : 30 orang
  4. Pelajar Universiti asal Pagoh : 15 orang
  5. Pelajar Antarabangsa : 40 orang
  6. Petugas : 15 orang
  7. Pelajar Sekolah Rendah : 40 orang
  8. Pelajar menerima sumbangan
Dari TPM : 4 orang

Wednesday, August 8, 2012

Majlis Berbuka Puasa Setitis Syahdu Ramadan

Majlis Berbuka Puasa Setitis Syahdu Ramadan
Tarikh : 8 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid UTHM

Tuesday, August 7, 2012

Majlis Khatam dan Nuzul al Quran peringkat universiti 1433 Hijrah

Assalamualaikum

Y. Bhg. Prof/Tuan/ Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam dengan kerjasama KSKUiTTHO dan PENTAS Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Majlis Nuzul dan Khatam Al-Quran 1433H/2012M peringkat UTHM iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh                 :        07 Ogos 2012
Masa                  :        8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat               :        Masjid, UTHM
Penceramah     :       Yang Amat Arif Hj Amir bin Danuri
                                  Ketua Hakim Syarie Negeri Johor

Kehadiran ke program ini akan direkod dan diambilkira dalam jam latihan kursus. Sekian, terima kasih.



Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam
07-4533495


ATURCARA MAJLIS NUZUL DAN KHATAM AL-QURAN
1433H/2012M PERINGKAT UTHM
PADA 07 OGOS 2012 BERTEMPAT DI MASJID UTHM



8.30 pagi - Kehadiran staf, Peserta Pentadarus Al-Quran dan
Pegawai Kanan Universiti

8.45 pagi - Kehadiran Naib Canselor

9.00 pagi - Tadarus Al-Quran mengikut kumpulan/ khatam Al-Quran

10.00 pagi - Ceramah Nuzul Al-Quran
oleh : Yg.Bhg. Sahibuh Samahah al Fadhil Ust. Hj. Yahya bin Ahmad (Timbalan Mufti Johor)

11.00 pagi - Penyampaian cenderahati kepada Pentadarus Al-Quran

11.30 pagi - Bersurai

Tuesday, July 24, 2012

Majlis UTHM Lecture Series Siri 3/2012



Y. Bhg Prof Dato' / Prof / Tuan / Puan,


MAJLIS UTHM LECTURE SERIES 3/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis UTHM Lecture Series Siri 3/2012 sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh        :         24 Julai 2012  ( Selasa )
Masa           :         11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat       :         Auditorium, Aras 3,  Perpustakaan
Pemidato    :         Prof. Madya Pang Che Fong,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektonik
Tajuk         :         “Electric Power Generation - The Biomass Way”

2.        Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dikehendaki hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Tuan/ Puan.


 "DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



PROF. Dr. NORAINI BTE KAPRAWI
PENGARAH
PEJABAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN KUALITI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
7850

s.k.  
-           Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
-           Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-           Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
-           Penolong-Penolong Naib Canselor
-           Dekan-Dekan Fakulti
-           Pengarah Pejabat/Pusat
-           Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Friday, July 20, 2012

MAKLUMAN PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - MD. ZAKIR BIN MD SALLEH (MPP)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-


                  
Nama Pelajar         : Md. Zakir bin Md. Salleh
Program                 : Sarjana Sains Pengurusan Teknologi
Tarikh                     : 20 Julai 2012
Masa                      : 10.30 pagi (Pembentangan Terbuka)
Tempat                   : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama     : Prof. Datin Dr. Maryati bte Mohamed
Pemeriksa Luar      : Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo (UPM)
Pemeriksa Dalam   : Dr. Alona Cuevas Linatoc
Pengerusi                : Prof. Dr. Mohammad Zarar bin Mohd Jenu
 
Tajuk Tesis              : KEBERKESANAN MENGKUDU (Morinda citrifolia) DAN EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) TERHADAP  TUMBESARAN AYAM (gallus gallus domesticus) BAGI MENCAPAI KONTEKS PERNIAGAAN HIJAU DALAM INDUSTRI TERNAKAN AYAM PEDAGING DI MALAYSIA

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

Susila binti Suhadak
Pembantu Tadbir (P/O)
Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07-4537757

Thursday, July 19, 2012

Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan MASUM Fasa II 2012

Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan MASUM Fasa II 2012

Tarikh : 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Perasmi : Yang Berhormat Dato' Razali bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Tentatif Program:
1.30 petang : Ketibaan Atlet dan Tetamu Jemputan
1.45 petang : Ketibaan Tetamu VIP
2.10 petang :
Ketibaan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
Ketibaan YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md Mansur, Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
2.20 petang : Ketibaan Yang Berhormat Dato' Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • Nyanyian Lagu Negaraku
  • Persembahan Pembukaan
  • Ucapan Alu-aluan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
  • Ucapan YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md Mansur, Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
  • Ucapan Perasmian Yang Berhormat Dato' Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • Persembahan Multimedia
  • Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
  • Penyerahan Bendera Kejohanan
  • Persembahan Kebudayaan
  • Jamuan/Selesai

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - 5) Zailani bte Abdullah

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

 Nama Pelajar          : Zailani bin Abdullah
Program                 : Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
Tarikh                    : 19 Julai 2012
Masa                      : 9.30 am (Pembentangan Terbuka)
Tempat                  : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama       : Prof. Dr. Hj. Mustafa bin Mat Deris
Pemeriksa Luar       : Prof. Dr. Abdul Razak bin Hamdan (UKM)
Pemeriksa Dalam    : Dr. Mohd Najib bin Mohd Salleh
Pengerusi               : - akan dimaklumkan kelak -
Tajuk Tesis            : A HYBRID MODEL FOR DISCOVERING SIGNIFICANT PATTERNS IN DATA MINING

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

Susila binti Suhadak
Pembantu Tadbir (P/O)
Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07-4537757