Wednesday, March 31, 2010

Majlis Penyerahan Air Mineral & Bekas Air

Majlis Penyerahan Air mineral & Bekas Takungan Air kepada pelajar Asrama

Tarikh : 31 Mac 2010
Masa : 3.30 PM
Tempat : Kolej Kediaman Tun Fatimah

Kolokium Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan Bil 3/2010

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUAT RAKAMAN DI KOLOKIUM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN BIL 3/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera dan Warisan akan mengadakan kolokium bil. 3/2010 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Galeri Ilmu
Aturcara: Sila lihar aturcara
3. Sehubungan dengan itu, fakulti memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat rakaman sepanjang kolokium tersebut berlangsung. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan perjalan program ini boleh diajukan kepada setiausaha program, Cik Azila Binti Md Sudin di samb. 7957.

4. Kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berkenaan dengan permohonan ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
PROF. MADYA DR HUSSAIN BIN OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Kolokium dan Seminar

Majlis Syarahan Perdana Bil. 2 Tahun 2010


Tarikh :31 Mac, 2010 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Pemidato : Profesor Dr. Jailani Md. Yunos

Tajuk : "TT-TVET and The World of Work"

Thursday, March 25, 2010

Sambutan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sambutan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 Mac 2010

Tempat : Masjid Jamek Rengit

Anjuran : Pusat Islam UTHM

Seminar Peningkatan Profesionalisme Pendidikan

Tuan,

MOHON PERKHIDMATAN DOKUMENTASI (PENGGAMBARAN VIDEO & FOTOGRAFI) BAGI SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDIDIKAN. TEMA : KEARAH PEMANTAPAN ETIKA DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, seminar anjuran PKPGB tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 25 Mac 2010
hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM

3. Dengan ini besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan majlis tersebut.

4. Bersama-sama ini dilampirkan jadual seminar untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar
AZIZ B ATAN
Pengerusi J/K Dokumentasi
Seminar PKPGB, 2010

****************************************

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi : Ceramah 1 : Pengenalan Kepada Akta SPRM 2009
: Penyampai : Encik Kamaruddin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
10.30 - 11.00 pagi : Kudapan
11.00 - 1.00 pagi : Ceramah 2 : Punca, Kesan dan Simptom Rasuah
: Penyampai : Encik Kamarudin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
1.00 ptg : Majlis Penutup dan Bersurai

Tuesday, March 23, 2010

Permohonan Khidmat Jurugambar

Tuan,

PERMOHONA KHIDMAT JURUGAMBAR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa K-Utech Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Universiti Tun hussein Onn Malaysia. Pada hari Selasa 23 Mac 2010 ini, K-Utech Sdn Bhd. 5th Anniversary. Di antara objektif program aalah untuk meraikan kejayaan syarikat K-Utech bertahan selama 5 tahun dan kini syarikat melangkah semakin jauh dalam mencapai visi dan misi syarikat.

Untuk makluman tuan, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM serta beberapa orang pegawai kanan universiti telah mengesahkan kehadiran mereka ke majlis tersebut serta beberapa orang anak yatim akan dijemput khas dalam program ini. Sehubungan dengan itu, pihakkamu memerlukan perkhidmatan jurugambar dari unit UCiTV untuk mengambil gambar-gambar peristiwa serta rakaman video pada malam itu.

Kerjasama dan perhatian tuan mengenai perkara diatas amatlah dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini disertakan aturcara majlis untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian.

K-Utech Sdn Bhd
BAHARUDIN MOHAMED
Pengarah Urusan

Thursday, March 18, 2010

Program "Construction Brigade" UTHM

Program "Construction Brigade" Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 18hb Mac 2010 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd.,

Wisma KLIA Holding,

No. 12, Jalan 6/7A, Seksyen 6,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Perasmi : YBhg. Tan Sri Dato' Ir.Jamilus Md. Hussin

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM

Tuesday, March 16, 2010

Majlis Perhimpunan Bulanan & Senamrobik

Tarikh : 16 Mac 2010 (Selasa)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dataran Parkir Masjid

Pakaian : Pakaian Sukan

*Semua staf diwajibkan hadir

Saturday, March 13, 2010

Adat Perkahwinan Orang Asli di Sayong Pinang




Program Jalinan Universiti - Masyarakat

tajuk : Adat Perkahwinan Orang Asli di Kampung Sayong Pinang
Tarikh : 13 Mac 2010
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg

Friday, March 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (17) 9 Mac 2010



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 17/2010



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431Hijrah peringkat Universiti seperti butiran berikut :-



Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Masa : 8.30 pagi ~ 11.00 pagi

Penceramah Jemputan : Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



2. Semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Bersama-sama ini di lampirkan aturcara majlis untuk makluman semua.



Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof/tuan/puan. Terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit









SH/fs/09032010/PekelilingPengurusan





_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



7.45 pagi - Perarakan Maulidur Rasul 1431 Hijrah

8.30 pagi - Staf mengambil tempat

9.00 pagi - Ketibaan Pegawai Kanan Universiti dan Y.Bhg Dato’ Naib Canselor UTHM

9.05 pagi - Bacaan Doa oleh Ust. Kamal Izhar bin Kamarul Zaman

9.10 pagi - Ucapan Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul

Oleh : Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al- Edrus

(Pengarah Pusat Islam UTHM)

9.15 pagi - Bacaan Berzanji dan Selawat

9.30 pagi - Ceramah Maulidur Rasul oleh:

Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



11.30 pagi - Penyampaian Bantuan Pendidikan Takaful Etiqa dan

Zakat daripada K-UTECH SDN BHD kepada MAINJ

Oleh Dato’ Naib Canselor UTHM



11.45 pagi - Jamuan dan bersurai