Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) akan menganjurkan MAJLIS TITISAN ILMU ANJURAN PENTAS BIL. 4/2009 seperti butiran berikut :-
Tarikh : 30 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Kuliah 3, UTHM
Masa : 10 - 12 tengahari
Tajuk Ilmu : Neuro-Linguistic Programming – Kejayaan Diri
Penyampai : Encik Abd Halim bin Abd Rahman
Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Naib Canselor
Untuk makluman tuan/puan Majlis Titisan Ilmu ini dianjurkan sebagai satu platform untuk memberi peluang kepada ahli PENTAS yang telah menyertai kursus/seminar/bengkel atau pulang dari lawatan kerja dalam atau luar negara untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi dengan ahli-ahli yang lain. PENTAS mengalu-alukan ahli-ahli lain yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menjayakan program ini dari semasa ke semasa.
Semua Pegawai Pentadbir & Ikhtisas (A & B) dijemput hadir.
Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
Malam Deepavali "1 Universiti , 1 Malaysia"
Tuan,
PERMOHONAN PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PROGRAM MALAM DEEPAVALI "1 UNIVERSITI, 1 MALAYSIA"
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan program Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia". Oleh yang demikian, pihak kami ingin menempah beberapa perkhidmatan pihak tuan/puan bagi memeriahkan lagi majlis makan malam ini.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan kami supaya program ini dapat dijalankan dengan keadaan yang kondusif
Tarikh : 29 OKTOBER 2009
Lokasi : Dewan Terbuka (Dewan Penyu), UTHM
Masa : 8.00 malam
Perasmi : YB Asojan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor
4. Bersama surat ini saya telah lampirkan keperluan perkhidmatan dari pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
"PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"
Yang benar,
AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengarah
Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia"

SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Y. Bhg. Prof/Tuan/Puan,
SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Seminar Hubungan Korporat dan Industri siri ke 5. Maklumat seminar adalah seperti berikut:
Tarikh : 29 Oktober 2009
Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Bilik Seminar 2, FKEE
Tajuk : "Space Science Status and Future Development"
Penceramah: Prof. N Gopalswamy, IACS, Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat
Untuk makluman, seminar ini bertujuan menyediakan satu platform kepada profesional dan para pelajar dalam berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat berkaitan dengan Sains Angkasa Lepas dan Perkembangannya di masa hadapan.
Seminar ini adalah terbuka untuk penyertaan staf akademik dan pelajar UTHM. Sokongan dan penyertaan daripada Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
MOHD FAISHAL BIN YATNI
Pejabat Hubungan Universiti & Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07 453 7457
Fax : 07 453 6262
Monday, October 26, 2009
Program Motivasi Pemantapan Jatidiri dan Sistem Perawatan Air Untuk Masyarakat Acheh Indonesia
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)

Pengenalan:
Persidangan ini yang memfokus kepada tajuk ‘Pendidikan Sains dan Teknologi’ adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas kaedah dan mutu pengajaran dan pembelajaran yang mampu mempengaruhi corak pendidikan untuk bidang sains dan teknologi yang sesuai digunakan mengikut peredaran zaman dan mencapai setiap wawasan yang digariskan. Malahan sekarang pelbagai isu dan masalah yang timbul berkaitan pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan isu-isu yang dibincangkan dalam World Conference on Science and Technology Education di Perth, Australia pada Julai 2007 adalah sangat wajar isu yang selari dibincangkan di peringkat kebangsaan. Justeru persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang timbul dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan sains dan teknologi.
Objektif :
Secara khususnya objektif persidangan ini adalah :
Menghasilkan resolusi persidangan berkaitan pembangunan pendidikan sains dan teknologi.
Mengupas isu-isu pendidikan sains dan teknologi dalam melestarikan pembangunan negara.
Membina kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan sains dan teknologi.
Skop :
Skop pembentangan dan perbincangan adalah difokuskan kepada berbagai aspek pendidikan sains dan teknologi. Tajuk-tajuk yang dicadangkan merangkumi aspek-aspek berikut:
Pendidikan sains di peringkat rendah atau pra-sekolah.
Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di sekolah.
Akses dan ekuiti dalam pendidikan sains dan teknologi.
Kesedaran dan minat terhadap bidang sains dan teknologi.
Celik sains dan teknologi.
Persekitaran sains dan penyelidikan.
Teknologi dalam pendidikan sains.
Kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam sains dan teknologi.
Penggunaan ICT dalam pendidikan sains dan teknologi.
Pembangunan penilaian yang sesuai dan efektif dalam pendidikan sains dan teknologi.
Pembangunan kerjaya guru sains dan guru teknologi.
Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.
Peserta :
Peserta dan pembentang kertas kerja terdiri daripada pegawai kanan dan tenaga pengajar dari Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, pensyarah IPTA/IPTS, penyelidik dan orang perseorangan.
Seminar akan diadakan pada:
Tarikh : 26-27 OKTOBER 2009
Tempat :
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
BATU PAHAT, JOHOR
Penginapan :
Berikut adalah senarai hotel yang boleh dihubungi:
The Katerina Hotel, Batu Pahat
Tel: +607-4337111
Pelican Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4328111
Crystal Inn Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4315222
Garden Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4315999
Landmark Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4320001
Keterangan lanjut :
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Urusetia,
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains
Dan Teknologi 2009,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
Faks: 07-4536051
e-mail: pkpst2009@uthm.edu.my
Laman web: http://web.uthm.edu.my/fptek/pkpst2009
Dr. Mohamad Zaky Noh
Off: 07-4537987
h/p: 013-7516130
Pn. Mimi Mohaffyza Mohamad
Off: 07-4538240
h/p: 013-7287585
HARI 1 (26 Oktober 2009) ATURCARA
8.00 pagi - 9.00 pagi : Pendaftaran Para Peserta
9.00 pagi – 9.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 1
9.30 pagi – 10.00 Pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 2
10.00 pagi – 10.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 3
10.30 pagi – 11.00 pagi : Kudapan
11.00 pagi – 1.00 tgh : Sesi selari : Kertas seminar
1.00 tgh – 2.30 tgh : Makan tengahari
2.30 ptg – 4.30 ptg : Sesi selari : Kertas seminar
4.30 ptg – 5.00 ptg : Minum Petang & Bersurai
8.00 mlm – 8.15 mlm : Ketibaan Para Jemputan
8.15 mlm – 8.30 mlm : Ketibaan VVIP /VIP
8.30 mlm – 8.45 mlm : Lagu Negaraku / Lagu UTHM / Doa
8.45 mlm – 9.45 mlm : Jamuan Makan & Persembahan Kombo UTHM
9.45 mlm - 10.00 mlm : Ucapan Pengerusi 1
Prof. Dr. Jailani bin Md Yunos
10.00 mlm - 10.15 mlm : Ucapan Naib Canselor UTHM
Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
10.05 mlm – 10.45 mlm : Ucapan & Perasmian
10.45 mlm – 11.00 mlm : Penyampaian Cenderamata
11.00 mlm : Bersurai
HARI 2 (27 Oktober 2009) ATURCARA
8.30 pagi – 10.00 pagi : Forum
10.00 pagi – 10.30 pagi : Kudapan
10.30 pagi – 11.30 pagi : Bengkel
11.30 pagi – 11.45 pagi : Rumusan Resolusi
11.45 pagi – 12.00 tgh : Ketibaan VVIP/VIP
12.00 tgh - 12.15 ptg : Ucapan Pengerusi 2
Dr. Azme Bin Khamis
12.15 tgh - 12.45 ptg : Ucapan Penutup Oleh Y Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
12.45 ptg - 1.00 ptg : Penyampaian Resolusi Dan Cenderamata
1.00 ptg : Makan Tengahari Dan Bersurai
Saturday, October 24, 2009
Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Peringkat IPTA 2009
Tuan,
KURSUS KEJURULATIHAN SILAT OLAHRAGA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PERINGKAT IPTA 2009
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Peringkat IPTA 2009 seperti butiran berikut:-
Tarikh : 22 - 25 oktober 2009
Tempat : Hotel Thistle, Johor Bahru
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Unit Tuan untuk membuat liputan pada majlis perasmian penutup program yang akan kami anjurkan ini. Bersama-sama ini dikemukakan tentatif program berhubung perkara diatas untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
Yang benar,
AZLI BIN PUDIN
Pegawai Belia Dan Sukan

Program Mesra Perdana - Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar-Pelajar Peringakat FKEE

Tuan,
PERMOHONAN LIPUTAN UNIT UCiTV SEMPENA PROGRAM MESRA PERDANA
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Penasihat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Program Mesra Perdana: Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar- Pelajar Peringkat FKEE 2009 pada hari Sabtu 24 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
3. Sehubungan dengan itu, kami selaku urusetia program yang berkenaan ingin membuat permohonan kepada Unit UCiTV untuk membuat liputan dalam bentuk gambar dan rakaman video sepanjang program berlangsung.
4. Sebagai makluman, gambar serta video bagi program berkenaan adalah penting bagi tujuan rekod serta laporan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
5. Kami memohon jasa baik pihak unit UCiTV agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan kami. Segala perhatian dan pertimbangan pihak unit UCiTV amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'
Yang benar,
NORFAIZA BINTI FUAD
Pengarah Program Mesra Perdana
Berikut Adalah Tentatif Program

Perasmian Pameran Booth UTHM di EDUFEST @ Pagoh 2009
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan bahawa pihak Universiti akan mengikuti Pameran Edufest @ Pagoh 2009 seperti butiran yang berikut :
Tarikh/Hari : 24 OKTOBER 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Perasmi : YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Tentatif : Seperti dilampiran
3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan agar dapat mempertimbangkan permohonan Pejabat Hubungan Universiti & Masyarakat demi kepentingan Universiti.
Sekian, terima kasih.
'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'
Yang benar,
ROSMAHALIL AZROL B. ABDULLAH
Ketua Jabatan
b.p Ketua Pejabat Hubungan Universiti & Masyarakat
TENTATIF PERASMIAN PROGRAM EDUFEST @ PAGOH 2009
24 OKTOBER 2009 (SABTU - AHAD)
DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM, MUAR JOHOR
8.00 - 9.00 pg : Para peserta pameran mengambil tempat
9.00 - 9.45 pg : Ketibaan dif-dif jemputan
9.50 - 10.00 pg : Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
10.00 pg : Majlis bermula
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh
Y.Bhg. Tuan Tahir b Mohd Ta'at
Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh (SPPP)
merangkap Ahli Dewan Undangan Bukit Serampang
: Ucapan Perasmian Edufest @ Pagoh oleh
YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
> Pelancaran Gimik Perasmian Edufest @ Pagoh 2009
> Pelancaran Tabung Pendidikan Pagoh
> Pelancaran Buku ' Menangani disiplin pelajar peringkat
kebangsaan '
> Majlis penyerahan buku untuk semua sekolah di Pagoh
sumbangan Institut Terjemahan Negara Malaysia
> Majlis penyerahan eksklusif "mock Cheque" sumbangan
dari penaja kepada YAb Timbalan Perdana Menteri
11.15 pg : Persembahan tarian dan ghazal
11.30 pg : Lawatan ke Pameran Pendidikan dan Kerjaya Edufest@Pagoh
12.15 tgh : Sidang Media
12.45 tgh : Jamuan tengahari
1.30 ptg : Bersurai
Thursday, October 22, 2009
PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - MOHD SAZALI BIN KHALID
Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-
Nama Pelajar : MOHD SAZALI BIN KHALID
Program : DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Tarikh : 22 OKTOBER 2009 (KHAMIS)
Masa : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
Pemeriksa Dalam : PROF. DR. SULAIMAN BIN YAMIN (UTHM)
Pemeriksa Luar 1 : PROF. DR. ZULKIFLI BIN MOHAMED (UMS)
Pemeriksa Luar 2 : PROF. DR. MOHD SALLEH BIN ABU (UTM)
Pengerusi : PROF. MADYA. DR. NORAINI BIN KAPRAWI (UTHM)
Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)