Friday, July 31, 2009

Majlis Makan Malam KSKUiTTHO 2009



Majlis Makan Malam KSKUiTTHO 2009 akan berlangsung seperti maklumat berikut:

 Tarikh: 31 Julai 2009 (Jumaat)
 Masa: 8:00 malam
 Tempat: Hotel Prime City, Kluang. 

 Tetamu Utama: YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
 Semua staf tetap UTHM (ahli kskuittho) dijemput untuk menghadiri majlis ini.

Thursday, July 30, 2009

Soft Soil Engineering Seminar 2009


SOFT SOIL ENGINEERING SEMINAR 2009 (SSES'09)

Tarikh: 30-31 Julai 2009

Tempat : The Puteri Pacific ,JB

Anjuran Bersama : Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar, RECESS, Institut Kejuruteraan Malaysia ( Cawangan Selatan)

Kursus Fundamentals Of EMC

Tuan,

MEMOHON UNTUK MEMBUAT PENGGAMBARAN DI DALAM KURSUS 'FUNDAMENTALS OF EMC'

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC) akan menganjurkan kursus 'Fundamentals Of MC' yang akan disampaikan oleh Prof. Christos Christopoulus seperti berikut:-

Tarikh : 30-31 Julai 2009 (Khamis - Jumaat)
Tempat : Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

3. Sehubungan itu, kami mohon Unit UCiTV agar dapat membuat penggambaran sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar
PROF DR MOHD ZARAR B MOHD JENU
Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet

Wednesday, July 29, 2009

Program Lawatan Pensyarah Pelawat di FKEE

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN KHIDMAT UNIT UCITV UNTUK MEMBUAT RAKAMAN SEMINAR BAGI PROGRAM LAWATAN PENSYARAH PELAWAT DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjemput Profesor Christos Christopoulos, Pensyarah Pelawat FKEE untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bidang komunikasi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti amat berharap agar pihak tuan dapat membuat rakaman pada 29 julai dan 3 Ogos 2009 sebagaimana jadual program yang dilampirkan.

Semoga mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
DR HAJI JIWA BIN ABDULLAH
Timbalan Dekan (A&A) FKEE

*******************************

29 JULAI 2009
1.
Seminar On Wireless Communication (Final Year Student & Lecturers)
Title : Wireless Communication on Adverse Environment
Venue : BS 2 Komples FKEE
Time : 9.00 am - 11.00 am

2.
Talk
Title : Good Technical paper
Venue : BS 2 Kompleks FKEE
Time : 2.30 pm - 5.00 pm

3 OGOS 2009
1.
Talk
Title : How To Be An Effective Supervisor
Venue : BS 2 Kompleks FKEE
Time : 2.30 pm - 4.30pm

Peperiksaan Lisan VIVA - Sivaprakasam Thamizmanii

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : Sivaprakasam Thamizmanii
Program : Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Tarikh : 29 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat : Studio Pendidikan, UTHM
Pemeriksa Dalam 1 : Dr. Rosli bin Ahmad (UTHM)
Pemeriksa Dalam 2 : Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin(UTHM)
Pemeriksa Luar : Prof. Dr. Ventakasamy Jayabalan (Anna University, Chennai
India.
Pengerusi : Prof. Ir. Mohammad Zainal bin Md. Yusof

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7906

Monday, July 27, 2009

MoU UTHM,UNIMAS & JKR Sarawak

Program : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara Universiti Tun Husssein Onn Malaysia Dengan Universiti Malaysia Sarawak & Jabatan Kerja Raya Sarawak
Tempat : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Tarikh : 27 Julai 2009
Masa : 10 Pagi

Friday, July 24, 2009

Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009

Tuan,

PROGRAM RAKAN MUDA WAWSAN DESA IPT 2009 ANJURAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTHM DENGAN KERJASAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rakan Muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor akan mengadakan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 24, 25 dan 26 Julai 2009
Tempat : Kg. Sg.Kluang Darat, Rengit, Batu Pahat &
Kg. Kesang TAsek, Ledang Johor

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Unit tuan untuk membuat liputan pada program yang akan kami anjurkan ini. Bersama-sama ini dikemukakan tentatif program berhubung perkara di atas untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Thursday, July 23, 2009

Peperiksaan Lisan VIVA Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : SH Salleh bin SH Ahmad
Program : Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (PDM)
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat : Studio Pendidikan, UTHM
Pemeriksa Dalam 1 : Dr. Yusri bin Hj. Yusof (UTHM)
Pemeriksa Dalam 2 : Dr. Khalid bin Hasnan (UTHM)
Pemeriksa Luar : Prof. Dr. Razali bin Mohamad (UTeM)
Pengerusi : PROF. IR. DR. SAPARUDIN BIN ARIFFIN.

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, July 22, 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 & Anugerah Jasa Bakti Tahun 2008 UTHM


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2008
DAN
ANUGERAH JASA BAKTI TAHUN 2008
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Julai, 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM B HAMID
Pendaftar

Tuesday, July 21, 2009

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Diantara UTHM bersama Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd





Tuan, MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) DI ANTARA UTHM BERSAMA ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING (APFT) DAN EMC MANAGEMENT CENTRE SDN BHD 

 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 2. Untuk makluman pihak tuan, satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) akan diadakan di antara pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersama pihak Asia Pacific Flight Training (APFT) dan EMC Management Centre Sdn Bhd. 

Majlis tersebut akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:- 

 Tarikh : 21 Julai 2009 (Selasa) 
 Masa : 12.00 Tengahari 
 Tempat : Dewan Jamuan 1, DTII, UTHM 

 3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk melantik wakil dari unit tuan bagi membuat rakaman dan sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan dan segala komitmen yang diberikan berkenan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 Sekian. 

 DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA 

 Yang Benar 

PM DR HAJI MOHD IDRUS BIN HAJI MOHD MASIRIN