Sunday, August 25, 2019

Majlis Konvokesyen Program Diploma Lepas Ijazah (PGDip) P&P UTHM



Majlis Konvokesyen Program Diploma Lepas Ijazah (PGDip) Pembelajaran dan Pengajaran Pengajian Tinggi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PGDip anjuran Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD), UTHM dirangka bertujuan melatih staf akademik dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran secara lebih formal dan sistematik bagi memartabatkan kecemerlangan akademik.
Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Sofi bin Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Turut hadir YBhg. Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan Ahli-Ahli Senat Universiti.

Tarikh : 25.08.2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM

Thursday, August 22, 2019

Pengajian Pondok Universiti 22 Ogos 2019

🕋🕋MEMO PONDOK UNIVERSITI UTHM🕋🕋

Insya Allah Program Pondok Universiti UTHM pada hari ini akan diteruskan seperti biasa.

Penceramah : Al Fadhil Kiyai Haji Suhaili bin Solihin

Kitab Tafsir Al Quran

Tarikh : 22/08/2019 (Khamis)

Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim UTHM

Semoga kita semua diberi kelapangan waktu, keazaman yang kuat dan kesempatan untuk hadir ke  siri majlis-majlis ilmu yang diadakan. Amiin

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Thursday, August 15, 2019

Pengajian Pondok Universiti 15 Ogos 2019

Assalamualaikum wrkth. 
Insya Allah kelas pengajian Pondok Universiti UTHM pada hari ini akan diteruskan.

Penceramah : Al Fadhil Syeikh Abu Zaki bin Yusuf As Singgafuri Al Hadrami

Kitab: Adab Sulukil Murid



Tarikh: 15 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 2.30-4.30 ptg
Tempat : Dewan Al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM





Semua dipersilakan hadir. Semoga kita sama sama beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

Open Mic AKRAB UTHM 2019 Throwback

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBhg. Prof,./ Tuan/ Puan,

PROGRAM OPEN MIC AKRAB UTHM TAHUN 2019 - OGOS

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Pihak AKRAB UTHM dengan berbesar hati menjemput YBhg. Prof,./ Tuan/ Puan ke Program Open Mic AKRAB UTHM 2019 yang akan diadakan seperti berikut : 

        Tarikh     : 15 Ogos 2019 (Khamis)
        Masa       : 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari  
        Tempat   : Speaker Corner, Open Garden, Perpustakaan Tunku Tun Aminah



3.     Jamuan makan ringan disediakan hanya untuk 30 orang yang terawal. KEHADIRAN DIKIRA DALAM JAM PEMBELAJARAN.

Kehadiran YBhg. Prof,./ Tuan/ Puan ke PROGRAM OPEN MIC AKRAB UTHM TAHUN 2019 adalah amat dihargai dan diharapkan.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof,./ Tuan/ Puan atas program ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

URUSETIA PROGRAM
0197580153

Thursday, August 1, 2019

Pengajian Pondok Universiti 1 Ogos 2019

Assalamualaikum wrkth. Insya Allah kelas pengajian Pondok Universiti UTHM pada hari ini akan diteruskan.


Penceramah : Al Fadhil Syeikh Abu Zaki bin Yusuf As Singgafuri Al Hadrami

Kitab: Adab Sulukil Murid

Tarikh: 1 Ogos 2019 (Khamis)

Masa : 2.30-4.30 ptg
Tempat : Dewan Al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

Semoga kita direzekikan untuk hadir ke majlis ilmu yang penuh dgn rahmat dan keberkatan. Aamiin

Wednesday, July 31, 2019

Lawatan Kerja UAD UniSZA ke UAD UTHM

Lawatan Kerja UAD UniSZA

Tarikh: 31 Julai 2019 (Rabu)
Masa : 8.30 am ~12.00 nn
Tempat : Bilik Mesyuarat UAD UTHM

Kursus Kecergasan Eksekutif 2019

Kursus Kecergasan Eksekutif 2019

Tarikh : 31 Julai hingga 01 Ogos 2019 
Masa : 0800 am ~ 11.00 pm
Tempat : PUMAS, Tanjung Laboh

Monday, July 29, 2019

Majlis Menandatangani MoU antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd

Majlis Menandatangani MoU antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd

JEMPUTAN KE MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UTHM DAN STMICROELECTRONICS SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd., merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kerjasama di antara universiti dengan pihak industri.

Berikut merupakan maklumat penganjuran majlis menandatangani MoU tersebut:

Tarikh: 29 Julai 2019 (Isnin)
Lokasi: Dewan Jamuan Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Masa  : 2:30 petang hingga 4:30 petang

3.     Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / Prof. Dato’ / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan yang berminat dijemput hadir ke sesi tandatangan ini. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. Dato' / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Siti Hajar Aminah Binti Ali
Dept of Communication Engineering,
Faculty of Electrical and Electronic Engineering,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Office: +6074531402
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sunday, July 28, 2019

Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid UTHM)

Assalamualaikum W.B.T

YBhg. Prof / Tuan / Puan,

UPACARA PECAH TANAH WAKAF PRASARANA (LALUAN TAMAN UNIVERSITI KE MASJID UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM akan menjayakan Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).  Matlamat utama laluan alternatif ini dibina ialah untuk mengimarahkan Masjid UTHM dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran jemaah dari masyarakat setempat dan warga Universiti yang dilaksanakan oleh Pusat Islam.


3.    Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof./ Tuan/ Puan, adalah dijemput hadir ke Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
  
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

PROF. SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOFF
Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein onn Malaysia
07-4538590

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019


MAJLIS REFLEKSI SETENGAH TAHUN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) UTHM BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) akan menganjurkan Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi tahun 2019.  Butiran majlis seperti berikut:

                       Tarikh         :      28 Julai 2019 (Hari Ahad)
                       Masa           :      Jam 8:30 pagi -11.40 tengah hari 
                       Tempat       :      Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

3.         Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan,untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut.  Kehadiran ke majlis ini akan direkodkan melalui sistem QR Code.  Oleh itu,  semua staf adalah dimestikan merakam kehadiran ke majlis tersebut untuk dimasukkan dalam keperluan jam latihan / kursus.

4.         Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:
B/P

Pejabat Penolong Naib Canselor
Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Telefon: 07 - 453 7445/7402/7856/7031   
 Faks: 07 - 453 6580   
 Emel: pncpspk@uthm.edu.my