Monday, October 13, 2014

VIVA - ABDIRAHMAN MOHAMUD SHIRE (KEE)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa  Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar               : Abdirahman Mohamud Shire
Program                       : Sarjana Kejuruteraan Elektrik  
Tarikh                          : 13 Oktober 2014 (Isnin)
Masa                           : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                        : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama            : Dr. Fauziahanim bte Che Seman
Pemeriksa Luar            : Prof. Madya Ir Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim (UTM)
Pemeriksa Dalam         : Dr. Samsul Haimi bin Dahlan
Pengerusi                     : Prof. Madya Dr. Zamri bin Omar
Tajuk Tesis                  : ARCHIMEDEAN SPIRAL ANTENNA EMBEDDED WITH FREQUENCY SELECTIVE SURFACE FOR UWB APPLICATIONS 
 
 Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Saturday, October 11, 2014

Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14)

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan,

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN 2014 (FESTKON’14) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 yang dijadualkan pada 11 Oktober 2014 sehingga 13 Oktober 2014 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

3.         Pihak Universiti merancang untuk mengadakan Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14) bermula pada 08 Oktober 2014 sehingga 13 Oktober 2014. FestKon’14 ini merupakan program aktiviti pelajar yang utama di institut pengajian tinggi awam bagi meraikan mahasiswa terutama yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen dalam tahun tersebut, di samping ia boleh memperkasakan elemen-elemen kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar seperti yang ditetapkan oleh dasar pengajian tinggi negara.

4.         Sehubungan itu, pihak Universiti amat berbesar hati ingin mengundang Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan untuk hadir pada Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14)  seperti ketetapan berikut:

Tarikh                       :           11 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa                         :           8.30  malam
Tempat                     :           Padang Kawad, UTHM
Pakaian                    :           Smart Casual

5.         Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk rujukan Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan. Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,




ABD HAMID BIN YUSOF
Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Pelajar)
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(453 7035


ATURCARA
Majlis Perasmian Festival Konvokesyen (FestKon’14)  
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
bersempena Majlis Konvokesyen Ke 14
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



11 Oktober 2014 (Sabtu)
Pentas Padang Kawad UTHM



8.15 malam     -           Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 malam     -           Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
                                    Naib Canselor, UTHM

8.45 malam     -           Ketibaan Tetamu Kehormat Perasmi
                                    Yang Berhormat Tuan Haji A. Aziz bin Ismail
                        ADUN Kawasan Senggarang
           
                        -           Nyanyian Lagu Bangsa Johor

                        -           Nyanyian Lagu Negaraku

                        -           Ucapan Kata Aluan
                                    YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim
                                    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

                        -           Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat Perasmi
                                    Yang Berhormat Tuan Haji A.Aziz bin Ismail
                         ADUN Kawasan Senggarang


                          -         Simbolik Perasmian

                           -        Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat Perasmi

                           -        Persembahan Delegasi Universiti Gadjah Mada, Indonesia

                           -        Konsert Bersama Artis Jemputan & Keroncong Bintang Selatan

11.00 malam      -         Majlis Bersurai

Perasmian Pejabat Nagaoka University Of Technology Di UTHM

Perasmian Pejabat Nagaoka University Of Technology Di UTHM

Launching Ceremony Office of International Partner Universities - Nagaoka University of Technology & University of Bremen

Tarikh :11 Oktober 2014
Masa : 7.45pm
Tempat : DTMI

Lawatan Kerja staf Universitas Gadjah Mada (UGM) ke UTHM


Lawatan Kerja staf Universitas Gadjah Mada (UGM) ke UTHM

Tarikh : 10 ~ 13 Oktober 2014
Masa : 8.00 pagi ~ 5.00 ptg
Tempat : UTHM

Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu)
masa : 8.00 malam
Tempat : Tapak Pesta Konvo
Persembahan Kebudayaan tarian dan angklung dari UGM


Tarikh : 12 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan 1, UTHM
Majlis makan malam dan penyerahan angklung bersama delegasi UGM

Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke-14


Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke-14

Tarikh : 11 ~14 Oktober 2014
Masa : 8.00 ~ 5.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Friday, October 10, 2014

Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM


Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM

Tarikh : 10 Oktober 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail


Thursday, October 9, 2014

VIVA - ISMAAINI BTE ISMAIL (KFA)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa  Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar               : Ismaaini bte Ismail
Program                       : Sarjana Kejuruteraan Awam 
Tarikh                          : 9 Oktober 2014 (Khamis)
Masa                           : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                        : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama            : Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman
Pemeriksa Luar            : Prof. Madya Ir Dr. Rosli bin Mohamad Zin (UTM)
Pemeriksa Dalam         : Dr. Azeanita bte Suratkon
Pengerusi                     : Prof. Madya Dr. Badrul bin Omar
Tajuk Tesis                  : ASSESSING THE RISK OF FACTORS ON TIME AND COST OVERRUN THROUGHOUT LIFECYCLE OF CONSTRUCTIO

 Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Majlis Penyerahan Sijil, Basikal Ronda dan Buku Catatan Keselamatan Bahagian Keselamatan bersama Pendaftar

Majlis Penyerahan Sijil, Basikal Ronda dan Buku Catatan Keselamatan Bahagian Keselamatan bersama Pendaftar

Tarikh : 9 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi ~ 9.00 pagi
tempat : Ruang Legar Aras Bawah, Bangunan Pejabat Pendaftar

Wednesday, October 8, 2014

Majlis Anugerah Naib Canselor Dan Anugerah Sijil Dekan Semester I Dan II Sesi 2013/2014 Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP)


Majlis Anugerah Naib Canselor Dan Anugerah Sijil Dekan Semester I Dan II Sesi 2013/2014 Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP)

Tarikh :  8 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DTMI

Festival Konvokesyen 2014 bersempena Majlis Konvokesyen Kali Ke 14

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

PROMOSI FESTIVAL KONVOKESYEN 2014 BERSEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 14 UTHM

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Syarikat MSB Daya Bakti Entreprise akan mengadakan Festival Konvokesyen  2014 bersempena Majlis Konvokesyen Kali Ke 14 seperti butiran di bawah :-

Tarikh                   : 8 hingga 13 Oktober 2014
Tempat                  : Padang Kawad UTHM
Pengurus Acara     : MSB Daya Bakti Entreprise

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan dijemput hadi beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan  maklumat Program untuk rujukan Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

HASNOLULAILEE MOHD HAMDI
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pej. Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-453 7165

TENTATIF (SILA KLIK)

POSTER (SILA KLIK)

POSTER CERAMAH PERDANA USTAZ HARRYANTO RIZAL ROKMAN (SILA KLIK)