Thursday, December 13, 2012

Seminar Sehari Bersama Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah




Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Ybhg. Dato'/Prof./Tuan / Puan,

SEMINAR SEHARI BERSAMA DATO’ DR HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH : WARGA KERJA IDAMAN – ‘SAYA OK…
BOS

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Seminar Sehari Bersama Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkemuka di negara ini dengan tajuk Warga Kerja Idaman- ’Saya Ok... Bos’. Maklumat lanjut seperti ketetapan berikut:-

            Tarikh              : 13 Dis 2012 (Khamis)
            Masa                : 8.15 pagi – 4.30 petang
            Tempat            : Dewan Konvokesyen, UTHM

3.   Untuk makluman, oleh kerana penyertaan yang terhad bagi menghadiri seminar ini, beberapa kumpulan sasaran telah ditetapkan agar program ini boleh mencapai objektif dikehendaki.

Kategori Peserta

i.    Kumpulan Sasaran   : Staf yang masih belum memenuhi keperluan 40 jam @ 7 hari latihan
      Jumlah Peserta        : 450 orang staf (lampiran nama)     

       Kaedah Penyertaan : Surat panggilan menghadiri seminar tersebut telah diedarkan kepada
                                      peserta (tidak perlu memohon). Pengesahan kehadiran hendaklah 
                                      diberikan selewatnya pada 11 Nov 2012 (Selasa) melalui email untuk tujuan     
                                      tempahan makanan.

* Salah satu kriteria Penilaian Prestasi Tahunan mengambilkira kehadiran jam latihan, pihak urusetia memberi peluang kepada staf yang masih belum memenuhi untuk menambah bilangan jam latihan
     

ii.    Kumpulan Sasaran   : Terbuka kepada staf 
Kaedah Penyertaan: Staf perlu mendaftar penyertaan dalam E-Kursus (sehingga mencapai kuota yang ditetapkan)
Tarikh Tutup          : 11 Nov 2012 (sebelum jam 5.00 petang)

* peserta yang berjaya akan ditawarkan surat panggilan kursus

4.   Akhir sekali, kerjasama dan komitmen pihak Ybhg. Dato'/Prof./Tuan / Puan adalah sangat dihargai. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan En Azizam (7130), En Faizal (7132) dan En Anuar (7133).

Sekian, terima kasih.

"Dengan Hikmah Kita Meneroka"


ABDUL MALEK BIN IBRAHIM
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
07-4537125

Wednesday, December 12, 2012

Malam Pra Alumni FPTV



Malam Pra Alumni
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Tarikh:
12 Disember 2012 (Rabu)
Masa:
8.00 malam
Tempat:
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Anjuran:
CARE UTHM & FPTV

Seminar Hidrologi & Alam Sekitar 2012


Seminar Hidrologi & Alam Sekitar

Tarikh : 12.12.2012
Masa :8.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar 1, FKAAS

Monday, December 10, 2012

UNESCO International Science Day For Peace and Development 2012




Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM “UNESCO INTERNATIONAL DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT“ ANJURAN PPD DAN FSTPi

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Diploma (PPD) dan Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan menganjurkan Program “UNESCO International Science Day For Peace and Development“ sempena sambutan hari UNESCO UTHM yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh        :        10 Disember 2012 (Isnin)
Masa                :        8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat        :        Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII)

3. Untuk makluman, perasmian program akan disempurnakan oleh Professor Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan adalah DIWAJIBKAN (**Staf PPD dan FSTPi sahaja). Aturcara program adalah seperti yang dilampirkan.

4. Kerjasama diminta kepada staf-staf dan penasihat-penasihat akademik untuk mewar-warkan kepada para pelajar masing-masing untuk turut sama menghadiri program ini. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



PROF. HJ. AB. AZIZ BIN ABDUL LATIFF
Dekan
Pusat Pengajian Diploma
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja,
Johor Darul Takzim.
07-4538557

--
Syarizul Amri Mohd Dzulkifli
Jabatan Teknologi Maklumat
Pusat Pengajian Diploma
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
OFF: 07-4538010

ATUR CARA PROGRAM
UNESCO INTERNATIONAL SCIENCE DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT
ANJURAN FAKULTI SAINS TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
DAN PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

TARIKH            :           10 DISEMBER 2012 (ISNIN)
TEMPAT           :           DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, UTHM


8.45 Pagi

:

Ketibaan Tetamu Jemputan & Pegawai Kanan Universiti

9.00 Pagi

:

Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM

9.10 Pagi

:

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Bangsa Johor




:

Bacaan Doa

:


Ucapan Alu-aluan Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi PROGRAM UNESCO INTERNATIONAL SCIENCE DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT

Ucapan Perasmian Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM


:

:

Gimik Perasmian

Penyampaian Cenderamata

10.00 Pagi

:

Minum Pagi

10.30 Pagi



12.00 Pagi
:



:
Ceramah Oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Taufik Yap Yun Hin
Profesor Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia
Tajuk : World Science Day For Peace And Development

Sesi Soal Jawab

12:30 T/hari
:
Penyampaian Cenderamata dan hadiah pameran


:

Nyanyian Lagu Gemilang UTHM & Lagu 1 Malaysia

1.00 Petang

:

Bersurai/Jamuan Makan Tengahari





UNESCO International Civil Aviation Day 2012




Assalamualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan,

PROGRAM  UNESCO INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY 2012

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan  Program UNESCO International Civil Aviation Day 2012 seperti butiran berikut:


Program : UNESCO INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY 2012
Tema : Aviation: Your Reliable Connection to the World".
                Tarikh : 10 Disember 2012
                Tempat : Bilik Seminar 1 & 2, Aras 3, Perpustakaan UTHM
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Penceramah      :               Y.Bhg. Dato’ Kamil bin Aziz
                                                                Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn. Bhd.
Tajuk ceramah :               “Kelestarian Aktiviti Penyenggaraan Pesawat Terbang di Malaysia”

               
2. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti amat berbesar hati menjemput semua warga UTHM bagi memeriahkan lagi sambutan program pada tahun ini. Program ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf. Tentatif penuh bagi program ini adalah seperti yang dilampirkan.

3. Kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Prof. Ir. Dr. Hj. Abas bin Ab. Wahab
Pengarah
UNESCO International Civil Aviation Day 2012
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

      Atur Cara Majlis Perasmian
  Sambutan UNESCO International Civil Aviation Day 2012
           10 Disember 2012

MASA
AKTIVITI
TEMPAT

10.45 Pagi

11.00 Pagi


Ketibaan Tetamu Jemputan & Pegawai Kanan UTHM

Ketibaan
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM

Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan ‘Bangsa Johor’

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh
YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abas Ab. Wahab
Pengarah Program UNESCO International Civil Aviation Day2012

Ucapan Perasmian oleh
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM

Penyampaian Cenderahati

Nyanyian Lagu ‘Gemilang UTHM’

Bilik Seminar 1 & 2,
Aras 3,
Perpustakaan

12.15 T/hari
Lawatan Tapak Pameran
Ruang Legar 1,
Aras Bawah,
Perpustakaan
12.30 T/hari
Jamuan Makan Tengahari dan Bersurai
Dewan Jamuan,
Aras 5,
Perpustakaan


Aktiviti - Aktiviti 
Sambutan UNESCO International Civil Aviation Day 2012
10 Disember 2012


CERAMAH PERDANA
YBhg. Dato’ Kamil Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn. Bhd
“Kelestarian Aktiviti Penyenggaraan Pesawat Terbang di Malaysia”

10.00 pagi – 11.00 pagi
Bilik Seminar 1 & 2, Aras 3, Perpustakaan, UTHM


PAMERAN
Agensi-Agensi berkaitan Penerbangan Awam Malaysia

8.30 pagi - 4.30 petang
Ruang Legar 1, Aras Bawah, Perpustakaan, UTHM




PERTANDINGAN

Pertandingan Kapal Terbang Kertas
Kategori: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


Pertandingan Mewarna
Kategori Umur: 5 - 9 Tahun

Pertandingan Melukis
Kategori Umur: 9 - 12 Tahun


8.30 pagi - 12.30 t/hari
Ruang Legar 2, Aras Bawah, Perpustakaan,UTHM





Sunday, December 9, 2012

Majlis Vikara Night 2012

Majlis Vikara Night

Tarikh : 9 Disember 2012
Masa : 7.30 pm ~11.30 pm
Tempat : Dewam kuliah A (Kompleks G3)
Dirasmikan oleh : Mr. Mahaganapathy Dass PJK, PMC
(Presiden 1Malaysia Indian Student Movement)

Penyelaras : Palanisamy A/L Paramasivan
012 7435518

S. Menega : 019 4753539

Friday, December 7, 2012

PERTANDINGAN ZAPIN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

ANJURAN YAYASAN WARISAN JOHOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH BATU PAHAT DAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BERTEMPAT DI DEWAN KONVOKESYEN UTHM

TARIKH : 7 HINGGA 9 DISEMBER 2012

saringan : 7 hingga 8 Disember 2012

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Zapin Peringkat Negeri Johor 2012 akan diadakan
di Dewan Konvokesyen UTHM jam 8.00 malam yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor 
 
Contact Info:
Muhammad Shahrin Bin Haron Pegawai Kebudayaan Pejabat Naib Canselor UTHM 0122411607
 

Thursday, December 6, 2012

MechyFEST 2012

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM MECHYFEST 2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program MechyFEST 2012 seperti ketetapan berikut:

            Program         :           MechyFEST 2012
Tarikh             :           06 - 08 Disember 2012
            Tempat           :           Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM
                                                Dewan Terbuka
                                                Tempat letak kereta Dewan Terbuka

3.         Untuk pengetahuan tuan, program julung kali yang diadakan ini adalah merupakan gabungan program – program akademik FKMP yang mempunyai elemen Outcome Based Education (OBE) yang terdiri daripada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti pertandingan, pameran, seminar serta simulasi perniagaan. FKMP mengambil inisiatif menggabungkan matapelajaran – matapelajaran yang mempunyai elemen tersebut untuk diadakan dalam suatu karnival yang dinamakan MechyFEST 2012.

4.         Untuk maklumat lanjut, boleh layari kami di :

            Laman web     : http://www.mechyfestuthm.com/
            Facebook        : http://www.facebook.com/mechyfestuthm
            Youtube           : http://www.youtube.com/user/mechyfestuthm

5.         Sehubungan dengan itu, pihak majlis amat berbesar hati menjemput Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir dan memeriahkan majlis ini.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan  amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,


PROF. MADYA DR. YUSRI BIN YUSOF
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM
Samb: 7700

Wednesday, December 5, 2012

Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 2012


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA KALI KE-10

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan menganjur Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 08.00 Pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

3. Program pada kali ini akan mengenengahkan bakat-bakat pelajar UTHM dalam membuat persembahan pengucapan berirama (choral speaking) dalam bahasa yang dipelajari oleh mereka pada semester ini. Terdapat 8 bahasa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar pada kali ini iaitu Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa.

4. Sehubungan itu, dijemput YBhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta dalam memeriahkan lagi program yang dilaksanakan ini.


Siti Hajar bte Bidin

sitihajar@uthm.edu.my



Tel : 07-4564292
UNIT PROMOSI
PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA  KALI KE-10
JABATAN BAHASA & KOMUNIKASI
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA












Tuesday, December 4, 2012

Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 8 Tahun 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jld. 2 ( 86 )                                              30 November 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 73 TAHUN 2012
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 8 TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti akan mengadakan Perhimpunan Kecergasan 1 Malaysia Siri 8 Tahun 2012 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        4 Disember 2012 (Selasa)
                   Masa            :        8.00 pagi hingga 9.30 pagi
                   Tempat        :        Stadium (UTHM)

2.       Objektif program ini adalah untuk mewujudkan budaya sihat di kalangan warga UTHM dan medium aktiviti riadah perdana dalam membentuk keseimbangan di tempat bekerja. Majlis ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/ seminar/kursus.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/MR/myh/29.11.2012/Pekeliling Am UTHM


TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 8 TAHUN 2012


Tarikh    :     4 Disember 2012 (Selasa)
Masa      :     08:00 pagi – 9:30 pagi
Tempat  :     Stadium (UTHM)


8.00 pagi   :       Ketibaan Warga Universiti
8.05 pagi   :       Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
8.10 pagi   :       Program Senamrobik (Tai Chi)
9.30 pagi   :       Bersurai
Jamuan

Nota :
Sebarang pindaan adalah tertakluk pada perubahan oleh penganjur dari semasa ke semasa.
                                                        



--
MOHAMAD YUSRIZAN BIN HARUNBahagian Pengurusan dan Pentadbiran
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim.

Tel   : 07-4537145
Fax  : 07-4536337

Coming together is a BEGINNING...Keeping together is PROGRESS...Working TOGETHER is SUCCESS!!!