Tuesday, August 10, 2010

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - MOHD ZAIRUL AFFINDY BIN ABDUL RAHMAN (MFA)

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

NAMA PELAJAR : MOHD ZAIRUL AFFINDY BIN ABDUL RAHMAN
PROGRAM : SARJANA KEJURUTERAAN AWAM (MFA)
TARIKH : 10 OGOS 2010 (SELASA)
MASA : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
TEMPAT : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
PEMERIKSA LUAR : LT. COL. PROF. MADYA. IR. DR. NORAZMAN BIN MOHAMAD NOR (UPNM)
PEMERIKSA DALAM : PROF. MADYA. DR. LEE YEE LOON
PENGERUSI : DR. MOHD IRWAN BIN JUKI
TAJUK TESIS : BEHAVIOUR OF FOAMED CONCRETE UNDER QUASI STATIC INDENTATION TEST

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4537906/7757

International Youth Day

Tarikh : 10hb Ogos, 2010

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM / Dewan Terbuka

Anjuran : Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Ahli Panel :

1. YB Datuk Razali Ibrahim

Monday, August 9, 2010

Karnival Aktiviti Pelajar & Pertandingan Debat 2010

Karnival Aktiviti Pelajar & Pertandingan Debat 2010

Tarikh: 6 - 10 Ogos 2010

Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam

Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka & Padang Kawad UTHM

Aktiviti:

Pertandingan Debat
Pameran Kelab / Persatuan Pelajar
Pameran Agensi Kerajaan / Swasta
Hand Phone Fair 2010
Pertandingan Futsal
Pertandingan Memasak
Pertandingan Gubahan Buah-buahan
Pertandingan Fotografi
Pertandingan Usahawan Muda
Pertandingan Melukis
Food Fair 2010
Konvoi
Kembara Anti dadah
Cabutan bertuah
Pertandingan Pemasangan PC

Saturday, August 7, 2010

Majlis Rewang Warisan Sempena Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010

JEMPUTAN KE MAJLIS REWANG WARISAN SEMPENA PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Prof/tuan/puan, Universiti akan menganjurkan Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010 yang akan diadakan 6 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Parit Bakar, Muar, Johor. Bersempena dengan program tersebut satu Majlis Rewang Warisan akan diadakan dan dijangkakan akan dihadiri oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

3. Sehubungan itu, YBhg. Prof/tuan/puan adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota
Parit Bakar, Muar, Johor.
Pakaian : Kebangsaan

Kehadiran YBhg. Prof/tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis rewang tersebut dan kerjasama serta perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof/tuan/puan berkaitan perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SHAFRY BIN SALIM
Unit Perhubungan Awam

Kembara Mahkota Johor




7 - 8 Ogos 2010

Friday, August 6, 2010

Tazkirah bertajuk: Persediaan Ramadan

Assalamualaikum Wrt. Wbt.,

Dato'/Prof/Tuan/Puan/Saudara/i,

Adalah dimaklumkan, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Majlis Membudayakan Al-Quran dan Tazkirah akan diadakan bertempat di Studio Ucitv, Kompleks FKEE. Majlis ini akan dibuat rakaman secara langsung oleh Unit UCiTV.

Bacaan Surah Al-Baqarah : ayat 183-186

Tajuk tazkirah : Persediaan Ramadhan
Penceramah : Ustaz Mohd Shahrir bin Hj Abd Mutalib
Tarikh: Jumaat 6 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi

Semoga kedatangan kita semua ke dalam majlis tersebut mendapat keberkatan dari Allah. Amin.


Terima kasih.

Dengan Hikmah Kita Meneroka


Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Thursday, August 5, 2010

PROGRAM WAKAF AL-QURAN SEMPENA PROGRAM KEMPEN MEMBACA AL-QURAN : 1 MAHASISWA 1 AL-QURAN

Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan



PROGRAM WAKAF AL-QURAN SEMPENA PROGRAM

KEMPEN MEMBACA AL-QURAN : 1 MAHASISWA 1 AL-QURAN



Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.



2. Untuk makluman Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan, Pusat Islam akan menganjurkan program Kempen Membaca Al-Quran : 1 Mahasiswa 1 Al-Quran disepanjang bulan Ramadhan 1431H. Program ini bertujuan untuk menyeru warga Universiti, khususnya mahasiswa/i supaya berusaha mendalami ilmu al-Quran serta meningkatkan amalan membaca al-Quran disepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak yang akan bermula pada 11 Ogos 2010.



3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati mengalu-alukan kepada semua warga Universiti untuk mewaqafkan al-Quran yang akan digunakan oleh mahasiswa/i di dalam program ini dan seterusnya melalui kaedah berikut:



i. Mewaqafkan Al-Quran dan Terjemahan, terbitan Pustaka Darul Iman berharga RM30.00 senaskah. Pembelian akan diuruskan oleh Pusat Islam atau Ustaz Abdul Aziz bin Ahmad yang boleh dihubungi di sambungan 7494/7495.



ii. Sekiranya Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan berhasrat untuk membeli sendiri al-Quran yang akan diwakafkan, al-Quran yang dibeli hendaklah Al-Quran dan Terjemahan, resam Uthmani.



4. Semua sumbangan boleh diserahkan di Pejabat Pusat Islam disepanjang bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud apabila matinya anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim.



Sekian, segala kerjasama Y.Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan berikan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar



PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS

Pengarah Pusat Islam





Cik Azlinda Binti Ahmad@Salleh

Setiausaha Pejabat(Kanan)

074537498

azlin@uthm.edu.my

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - NORLIAN BTE MD. YUNOS (MBV)

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

NAMA PELAJAR : NORLIANA BTE MD. YUNOS
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (MBV)
TARIKH : 05 OGOS 2010 (KHAMIS)
MASA : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUTKA)
TEMPAT : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
PEMERIKSA LUAR : PROF. MADYA. DR. RUHIZAN BTE MOHAMAD YASIN (UKM)
PEMERIKSA DALAM : PROF. MADYA. DR. WAN AZLINDA BTE WAN MOHAMED
PENGERUSI : PROF. MADYA. DR. HJ. MOHD YUSOP BIN AB. HADI
TAJUK TESIS : KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR
MENENGAH RENDAH

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4537906

Tuesday, August 3, 2010

'Program Research And Innovation Festival 2010 (R&I Fest 2010)




Tarikh : 3-5hb Ogos 2010

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Atur cara Program:

3hb Ogos, 2010 (Selasa)

9.30 pagi - 11.30 pagi : Seminar Pembantu Penyelidik Cemerlang, Penyelidikan Gemilang, Dewan 1 UTHM / Penceramah : Timbalan Pengarah (Kejuruteraan dan Teknologi) PPI

9.00 pagi - 5.00 petang :

Pameran Penyelidikan dan Inovasi, Pameran Sains dan Teknologi (Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM)

Pameran Agensi/Badan Berkanun, Perbadanan Harta Intelek Malaysia/Cradle Fund Sdn. Bhd./ MOSTI & KPT/ Technology Park Malaysia/Pintas IP/K-UTECH (Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM)

4hb Ogos, 2010 (Rabu)

9.00 pagi - 5.00 petang :

Pameran Penyelidikan dan Inovasi, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Pameran Sains dan Teknologi (Dewan Terbuka)

Kuiz Harta Intelek (untuk Pengunjung) - Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Pameran Agensi/Badan Berkanun, Perbadanan Harta Intelek Malaysia/Cradble Fund Sdn. Bhd./MOSTI & KPT/Technology Park Malaysia/Pintas IP/K-UTECH (Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM)

9.00 pagi - 12.00 tengah hari : Bengkel : Academic IP Rights (Dewan 1)

9.30 pagi - 12.30 tengah hari : Sesi Penghakiman Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi, Dewan 2

2.30 petang - 5.00 petang : Seminar 2 "From Idea to Money - Sharing Experience" Oleh Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din (UPM) - Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM (Staf Akademik)

5hb Ogos 2010 (Khamis)

9.00 pagi - 5.00 petang :

Pameran Penyelidikan dan Inovasi (Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM)
Pameran Agensi/Badan Berkanun, Perbadanan Harta Intelek Malaysia/Cradle Fund Sdn. Bhd./MOSTI & KPT/Technology Park Malaysia/Pintas IP/K-UTECH
Pameran Sains dan Teknologi - Dewan Terbuka

9.30 pagi - 12.00 tengah hari : Seminar 3 :"Business Proposal for Research Product" Oleh: Dr. Mustaza Hj. Ahmadon (TPM) Dewan Kuliah 2) (Staf Akademik)

2.00 petang - 5.00 petang :

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
Majlis Menandatangani MoU Pengkomersilan (Dewan Tunku Ibrahim Ismail)

Sunday, August 1, 2010

Hari Keluarga UTHM 2010




Tarikh : 1 Ogos, 2010 (Ahad)

Masa : 7.30 pagi - selesai

Tempat : Padang B, UTHM

Aktiviti yang akan dijalankan

Acara VIP

1.Menunggang Basikal Lambat VIP (Lelaki & Wanita)
2.Nearest to the hole (Lelaki & Wanita)
3.Putting Golf (Lelaki & Wanita)
Acara Individu

1.Ragbi Ten Pin Bowling (Lelaki & Wanita)
2.Anyam Ketupat (terbuka)
3.Sumpit Botol (Lelaki & Wanita)
4.Jalan Atas Batu Bata (Lelaki & Wanita)
5.Wall Climbing (Lelaki & Wanita)
6.Rowing (Lelaki & Wanita)
7.Topang Kayu (Lelaki & Wanita)
8.Spinning Gasing (Lelaki & Wanita)
9.Golek rim (Lelaki & Wanita)
Acara Kumpulan

1.Jalan Kaki tiga (Lelaki / Wanita)
2.Futsal kain pelikat (lelaki)
3.Sepak Raga Kain Pelikat (Lelaki)
4.Lari Dalam Guni (lelaki / perempuan)
5.Kepit Bola (Lelaki/wanita)
Acara Keluarga

1.Puzzle Keluarga (Lelaki/wanita)
2.Bola beracun
3.Membalut pasangan (Lelaki / wanita)
4.Baling Tin (Lelaki/wanita)
5.Karaoke keluarga
Acara Wanita

1.Pecah Belon (wanita)
Acara AJK

1.Masuk Air Dalam Botol (Lelaki / wanita)
2.Tarik Tali (Lelaki / wanita)