Monday, December 7, 2009

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM “ENGLISH PROFICIENCY DEVELOPMENT : FROM YOUTH TO YOUTH” UNTUK ANAK-ANAK STAF UTHM

Pihak Biro Pendidikan KSUTHM dengan segala hormatnya menjemput penyertaan anak-anak staf UTHM untuk menghadiri program “English Proficiency Development: From Youth to Youth” seperti butiran berikut :

Nama Program : “ENGLISH PROFICIENCY DEVELOPMENT: FROM
YOUTH TO YOUTH”

Anjuran Bersama : Biro Pendidikan KSUTHM, Pejabat Hubungan
Universiti dan Masyarakat & Kolej Yayasan Saad
Melaka

Fasilitator : Pelajar-pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka

Tarikh Program : 7 – 8 Disember 2009 (Isnin - Selasa)

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

Masa : 8.30 Pagi Hingga 5.00 Petang

Sasaran Peserta : 150 Orang Pelajar Tahun 4,5 & 6 serta
Tingkatan 1,2 & 3

Yuran Penyertaan : RM 15.00 Seorang
(Merangkumi kos makanan tiga kali sehari selama
dua hari & bahan-bahan pembelajaran)

Objektif Program : i) Mempelajari Bahasa Inggeris dalam kaedah
yang menyeronokkan
ii) Meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris
iii) Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris

Staf-staf yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai program tersebut boleh menghantar borang penyertaan berserta bayaran. Borang penyertaan boleh diambil di kaunter pejabat masing-masing dan tarikh tutup penyertaan adalah pada :
1 Disember 2009
Sebarang pertanyaan tentang program ini sila hubungi:
Pn. Hazifa Hani Ramli (FTMM) (07-4538008) hazifa@uthm.edu.my
Cik Suhaini Mohd Gazi (CAD) (07-4537830)
suhainim@uthm.edu.my
Dr. Ishak Baba (CAD) - 019 2708552 ishak@uthm.edu.my

BORANG PENYERTAAN
PROGRAM ‘ENGLISH PROFICIENCY DEVELOPMENT : FROM YOUTH TO YOUTH ”

7 – 8 Disember 2009 (Isnin - Selasa)

DI DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, UTHM

ANJURAN BERSAMA
BIRO PENDIDIKAN KSUTHM, PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN MASYARAKAT &
KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA




Bil

Nama Pelajar

No. K/P @
Surat Beranak

Umur

Tahun/
Tingkatan




















* Penyertaan terhad kepada tiga (3) orang anak bagi satu keluarga.

Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga :

Nama Ibu/Bapa/Penjaga :_______ ________________________________________

Fakulti / Pejabat :______________________________________________________

No. Telefon Pej/HP :____________________________________________________

Staf-staf yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai program tersebut boleh menghantar borang penyertaan berserta bayaran kepada :

En. Azhar Abd. Majid (Bagi Anak-Anak Staf FKEE) Pn. Hazifa Hani Ramli (Bagi Anak-Anak Staf FTMM)
Pn. Alhana Anuar (Bagi Anak-Anak Staf FKAAS) Pn. Nor Suhailah Mohamad (Bagi Anak-Anak Staf FSSW)
Pn. Fazrina Mohd Masrom (Bagi Anak-Anak Staf FKMP) En. Hamsan b. Sidek (HUM) (Bagi Anak Staf PTJ Lain)
Pn. Zuraida Bosri (Bagi Anak-Anak Staf FPTek)
En. Mohd Lotfi Solihan (Bagi Anak-Anak Staf FPT)

Perakuan :
Bersama-sama ini saya sertakan bayaran sebanyak RM____________ untuk _________ orang anak saya yang akan menyertai program di atas.

__________________
Tandatangan
Nama :


ATURCARA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
“ENGLISH PROFICIENCY DEVELOPMENT : FROM YOUTH TO YOUTH”
7-8 DISEMBER 2009
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, UTHM


HARI PERTAMA
(7 DIS 2009)

AKTIVITI
8.30 pagi
Pendaftaran
9.00 pagi
Sesi Ice-breaking
10.00 pagi
Creating A Superhero
10.45 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Creating A Superhero Story
1.00 tgh
Makan Tengahari dan Solat di Masjid UTHM
2.30 ptg
Acting The Story
3.30 ptg
Treasure Hunt
4.45 ptg
Tamat Sesi Hari Pertama


HARI KEDUA
(8 DIS 2009)

AKTIVITI
8.30 pagi
Creating A Superhero Song
10.00 pagi
Minum pagi
10.15 pagi
Dancing With The Superhero
12.45 tgh
Rehat/ Makan tengahari
2.00 ptg
2.15 ptg
2.25 ptg

2.30 ptg
3.00 ptg

3.30 ptg
3.35 ptg
3.40 ptg
3.50 ptg
Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Tetamu VIP
Ketibaan YB. Dato’ Saifuddin bin Abdullah
(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
Persembahan Montaj KYS
Ucapan Perasmian & Majlis Penutupan oleh YB. Dato’ Saifuddin bin Abdullah
(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
-Pemberian Sijil Peserta
-Pemberian Cenderamata kepada Perasmi dan Pengetua Kolej Yayasan Saad
-Sesi Bergambar
-Minum Petang
* Peserta diminta berpakaian sukan dan berkasut.

Friday, December 4, 2009

Taklimat Dasar Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 ( 43 ) 25 November 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 43/2009

TAKLIMAT DASAR PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan taklimat di atas seperti butiran berikut :


Tarikh : 04 Disember 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah A, Blok G3


2. Sehubungan itu, semua staf Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 diwajibkan hadir ke sesi taklimat tersebut. Bagi staf Kumpulan Pengurusan Dan Profesional adalah dijemput hadir. Semua staf yang hadir dikehendaki untuk merekodkan kehadiran di ruang legar Dewan Kuliah A, Blok G3 tersebut. Staf yang hadir ke sesi taklimat ini akan diberi jam kredit terhadap jumlah kursus yang dihadiri sepanjang tahun 2009.

3. Pegecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan serta staf yang komited dengan program/ aktiviti seperti persidangan/ seminar/ kursus.

4. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian. Terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/mfaa/25112009/pekelilingpengurusan

Wednesday, December 2, 2009

SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI


SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI

Pusat Islam Universiti Tun Hussein onn Malaysia akan menganjurkan 'SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH ISLAMIAH & PEMBANGUNAN INSAN DI IPTA & KOMUNITI' yang bertujuan untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah islam sebagai faktor perubah masyarakat kampus dan luar kampus serta sejarah umat manusia amnya serta membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman para ilmuan, ahli akademik, pentadbir dan para pendakwah muda/ dewasa.



Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 2-3 December 2009

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Perasmi : Y. B Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama Islam)

Peserta : Terbuka kepada Imam-imam, Bilal-bilal dan Jabatan Kerajaan Seluruh Negeri Johor

Jumlah Peserta : 200 orang

Anjuran : Pusat Islam, UTHM

HARI PERTAMA ( 2/ 12 /2009- RABU)
08.00-09.00 pagi Pendaftaran & Sarapan Pagi
09.00-10.00 pagi Ucaptama 1: Dato’ Wan Mohamad b. Dato' Syeikh Abd. Aziz
Ketua Pengarah JAKIM
Tajuk: Perkembangan Dakwah Islam di Malaysia
10.00-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-11.30 pagi Perasmian Majlis oleh Y.A.B. Dato’ Hj. Abd. Ghani b. Othman
Menteri Besar Johor.
11.30-01.00 ptg PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 1

Sejarah Kedatangan Islam ke Alam Melayu
Perkembangan & Cabaran Dakwah Islam di Malaysia Sebelum Merdeka
Perkembangan & Cabaran Dakwah Islam di Malaysia Selepas Merdeka

01.00-02.00 ptg Makan Tengahari & Solat
02.30-03.30 ptg Ucaptama 2: Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman,
Pengarah,
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk: Peranan Warga Kampus Di Dalam Menyemarakkan Usaha Dakwah di IPT & Komuniti.
03.30-05.00 ptg PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 2

Peranan & Sumbangan Ahli Akademik Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti
Peranan & Sumbangan Pentadbir & Pengurus Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti
Peranan & Sumbangan Mahasiswa Islam Dalam Perkembangan Dakwah di IPT & Komuniti


05.00 ptg Minum Petang dan Bersurai

HARI KEDUA ( 3/ 12 /2009- KHAMIS)
08.30-09.00 pagi Sarapan Pagi
09.00-10.00 pagi Ucaptama 3: Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir b. Dato’ Kiyai Hj. Samsuddin.
Mufti Negeri Johor
Tajuk: Membangun Masyarakat Melalui Dakwah.
10.00-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-12.00 tgh PEMBENTANGAN KERTAS KERJA IRINGAN 3

Institusi Masjid & Peranannya Dalam Membangun
Masyarakat Hadhari
Peranan Golongan Remaja Dalam Menyemarakkan Gerak Kerja Dakwah Dalam Masyarakat
Peranan & Sumbangan Wanita Dalam Perkembangan Dakwah

12.00-01.00 ptg Perasmian Penutup oleh Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd Noh b. Dalimin
Naib Canselor UTHM
01.00-02.00 ptg Makan Tengahari & Bersurai

(*JADUAL TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

Monday, November 30, 2009

Program Ibadah Korban UTHM 2009

Program Ibadah Korban UTHM 2009

Tarikh : 30 November 2009 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : Parkir Bas UTHM

Friday, November 27, 2009

Korban 2009 di Parit Bengkok

UTHM korban 32 ekor ternakan


BATU PAHAT 27 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengadakan majlis korban melibatkan 32 ekor haiwan ternakan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, haiwan korban itu terdiri daripada 28 ekor lembu, dua kerbau dan dua ekor kambing.

Menurutnya, semua haiwan itu merupakan sumbangan 115 kakitangan termasuk pegawainya yang disalurkan menerusi Pusat Islam UTHM.

''Sebanyak 16 ekor lembu diagihkan ke 16 kampung di sekitar Parit Raja dan bakinya dikorbankan di Pusat Islam UTHM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 16 lembu korban kepada wakil 16 kampung di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noh, langkah itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan lagi kerjasama antara UTHM dengan masyarakat setempat.

''Kami berhasrat meneruskan ibadat korban ini dari semasa ke semasa dengan membabitkan kakitangan dan pegawai UTHM," katanya.

Tempat : Surau As-Solihin
Tarikh : 27 November 2009
Masa : 8.00 pagi

Saturday, November 21, 2009

FESTIVAL KERONCONG MAKUM 2009

FESTIVAL KERONCONG MAKUM 2009

Tarikh : 21-24 Nov 2009

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Thursday, November 19, 2009

Majlis Syarahan Perdana Bil 2/2009


MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (41) 18 November 2009


PEKELILING PENGURUSAN BIL. 41/2009


MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009


Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2009 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 20 November 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz bin
Dato’ Abdul Samad
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam
Sekitar, UTHM
Tajuk : “The Use of Industrialised Building Systems
in the Malaysian Construction Industry
(R&D Perspectives)”

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/rk/19112009/pekelilingpengurusan







ATURCARA
MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL
**********************************************

9.45 pagi : Tetamu mengambil tempat

10.05 pagi : Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik gamelan

Perarakan masuk Y. Bhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh TNC (A), TNC (HEPA) dan Pendaftar

: Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor

: Bacaan Doa

: Y. Bhg. Naib Canselor memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana

: Syarahan Perdana oleh Pemidato

: Y. Bhg. Naib Canselor memberi ulasan dan menutup majlis

: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana

: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

: Perarakan Keluar

12.00 t/hari : Jamuan dan Bersurai





-
- Syarahan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan kepada warga universiti dan orang awam

Tuesday, November 17, 2009

PEPERIKSAAN LISAN - NUR AZEERA BTE BADROLDIN

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : NOR AZEERA BTE BADROLDIN
Program : SARJANA KEJURUTERAAN AWAM (MFA)
Tarikh : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
Masa : 9.30 pagi (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : DEWAN KULIAH 3 (DK3)
Pemeriksa Luar : Prof.Ir.Dr. Suhaimi bin Abdul Talib (UiTM)
Pemeriksa Dalam : Dr. Zawawi bin Daud
Pengerusi : Dr. Lokman Hakim bin Ismail

Y.Bhg.Prof.Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof.Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

Friday, November 6, 2009

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (38) 3 November 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 38/2009

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2009

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2009 sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh : 6 November 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : ewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Mustafa Mat Deris
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, UTHM
Tajuk : “Computer System : How Good Am I?”

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Perhimpunan Bulanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (37) 29 Oktober 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 37/2009

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan pada minggu pertama setiap bulan (hari Selasa) mulai November 2009.

2. Pembukaan Kaunter Khidmat Pelanggan adalah bertujuan supaya staf dapat membuat pertanyaan bagi sebarang kemusykilan dan menyelesaikan sebarang masalah atau isu yang berkaitan dengan skop perkhidmatan yang disediakan. Untuk peringkat permulaan, Kaunter Khidmat Pelanggan ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar dan Pejabat Naib Canselor seperti ketentuan berikut:

Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Kawasan Parkir Masjid
Pakaian : Pakaian Sukan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Anggerik

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan dan berkunjung ke Kaunter Khidmat Pelanggan jika ada sebarang kemusykilan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/rk/29102009/pekelilingpengurusan

ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN


7.40 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai Universiti

7.45 pagi : Senaman Aerobik

8.30 pagi Jamuan ringan

8.45 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi

-Nyanyian Lagu Negaraku

: Ucapan Amanat Bulanan oleh
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

-Nyanyian Lagu UTHM

: Majlis Bersurai

9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan dibuka

12.00 tengahari : Kaunter Khidmat Pelanggan ditutup