Saturday, July 18, 2009

Program Karnival Kerjaya & Keusahawanan


Tuan,

MEMOHON MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling Dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dataran Terbuka UTHM pada 18 dan 19 Julai 2009.

3. Sehubungan itu, PKPP ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan program sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 sepertimana maklumat di bawah:-

PERTAMA
Perkara : Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka UTHM

KEDUA
Perkara : Sejenak Bersama Angkasawan (Mejar Dr. Faiz Bin Khaled)
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah A (Bangunan G3)

4. Sebarang maklumbalas sila hubungi Pn Aspalaila bt Abdullah di talian 07-4567464. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan dudahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA

Yang benar,
DR ASRI B SELAMAT
Pengarah PKPP

Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2009

Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan,

MAKLUMAN KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 pada 18 – 19 Julai 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail ( DTI ), Dewan Terbuka, Dataran Anggerik serta kawasan sekitar UTHM. Acara majlis dan program yang berkaitan akan bermula mulai 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

3. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 anda boleh melawat laman web rasmi Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 di alamat url : http://pkpp.uthm.edu.my/karnival/index.html

4. Y. Bhg. Dato ‘ / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan adalah dipohon mengambil maklum mengenai perkara ini dan bersama – sama menjayakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009.

Sekian Terima Kasih,

Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Wednesday, July 15, 2009

Hari ICT @ UTHM

HARI ICT@UTHM ‘09

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar UTHM bahawa Universiti akan mengadakan Hari ICT pada 15 – 16 Julai 2009 (Rabu - Khamis) bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM. Untuk itu adalah diminta kepada semua pelajar UTHM agar dapat sama – sama menjayakan Hari ICT@UTHM dan menghebahkan makluman ini kepada pelajar UTHM yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hari ICT@UTHM anda boleh melawat laman web rasmi Hari ICT di http://itinfo.uthm.edu.my/hariict/iklan.htm

Sekian Terima Kasih,

Jawatankuasa Hari ICT@UTHM '09
Pusat Teknologi Maklumat
UTHM

Monday, July 13, 2009

Program Ceramah Penyelidikan

Tuan,

JEMPUTAN KE CERAMAH PENYELIDIKAN DARI PROF. JOHN A. JANSEN DI UTHM DAN AKADEMI SAINS MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Microelectronic & Nanotechnology - Shamsuddin Research Centre (MiNT-SRC), FKEE ingin menjemput staf yang berminat di bawah PTJ masing-masing untuk hadir ke ceramah dan perbincangan penyelididkan bersama Prof. John A. Jansen, Chairman College of Dental Sceince, Radbound University Nijmegen Medical Centre, the Netherlands.

3. Butiran ceramah adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Seminar 2 , Kompleks FKEE


************************************

Tuesday, July 7, 2009

Kempen Keselamatan 2009

YBhg Prof/Tuan/Puan,

Pameran sempena Kempen Keselamatan Universiti 2009 akan diadakan di Dewan Terbuka pada 6 dan 7 Julai, 2009. Semua warga Universiti dijemput hadir. Pelbagai pameran berkaitan keselamatan di adakan mulai jam 09.00 pagi hingga 4.30 petang. Staf yang telah mendaftarkan motosikal dengan Bahagian Keselamatan boleh mendapatkan Vest Keselamatan di Kaunter Pameran Bahagian Keselamata. Agihan Vest Keselamatan juga akan diberikan kepada staf dan pelajar yang mendaftar pada tarikh berkenaan. Penyelenggaraan Percuma disediakan kepada kenderaan Proton ( hanya bayar harga alat ganti sahaja).
Semua warga Universiti dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan.

Pertandingan Kawad Bomba antara PTJ dan Kolej Kediaman akan diadakan pada 12 Julai, 2009 mulai jam 09.00 pagi hingga 12.30 tengahari di Padang Ragbi. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada PTJ masing-masing. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Program Kempen Keselamatan mulai 5 hingga 12 Julai, 2009 untuk perhatian semua.
Sekain, terima kasih

YUSOFF BIN ROMLI
Ketua Keselamatan
samb 7140

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 4

Tarikh : 7 Julai 2009
Lokasi : Kota Tinggi , Kulai Jaya , Pontian
Laluan : Kg. Sayong Pinang -> Kg Sri Muar -> Kg Sri Tanjung -> Kg Nelayan ->
Dataran Majlis Daerah Pontian (Penutup) -> Johor Bahru

Monday, July 6, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 3

Tarikh : 6 Julai 2009
Tempat : Ledang, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi
Laluan : Kawasan Tadahan Air Gunung Ledang -> Kg Hang Tuah -> Kg Bukit Panjang ->
Kg Dalam, Parit Sulong -> Kg Sayong Pinang K.Tinggi

Pemeran Kempen Keselamatan 2009

Y.Bhg. Prof./Tuan / Puan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua warga universiti dijemput ke gerai dan pameran sempena Kempen Keselamatan 2009
pada 06 hingga 07 Julai, 2009 bertempat di Dewan Terbuka UTHM.

Sehubungan itu, semua warga Universiti dijemput beramai-ramai untuk melihat pameran dari pelbagai agensi yang terlibat seperti dilampiran.

Sekian, terima kasih.

Zainizam bin Md. Saeim
Setiusaha Kempen Keselamatan 2009
bp : Ketua Keselamatan
Tel:07-4537141

Sunday, July 5, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 2

Tarikh : 5 Julai 2009
Tempat : Mersing , Kluang, Segamat , Ledang
Laluan : Kg Tanah Abang, Mersing -> Kg Sungai Peroh, Kluang -> Kg Segamat Kecil ->
Kg Air Tawas, Ledang -> Kawasan Tadahan Air Gunung Ledang

Saturday, July 4, 2009

Kembara Mahkota Johor 2009 - Jelajah Pedalaman_Peringkat 1

Tarikh : 4 Julai 2009
Tempat : Johor Bahru, Kota Tinggi & Mersing
Perjalanan : Bukit Timbalan (Pelancaran)-> Perigi Acheh, P.Gudang -> Kg Pasir Salam ->
Kg Selangi Mawai, Mawai -> Hospital Mersing -> Tanah Abang, Mersing