Friday, October 17, 2008

Tazkirah Perdana Okt./2008

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,


Kepada semua muslimin muslimat warga Universiti,



Program Tazkirah Perdana Okt./2008 akan disiarkan secara langsung atas talian menerusi laman web UCiTV pada jam 8.30 pagi, Jumaat, 17 Oktober 2008 sepertimana maklumat berikut :



Tajuk : Berfikir dan Bertindak Secara Hikmah

Penceramah : Dr Hussain b Othman

Pengarah Pusat Islam

Moderator : Ustaz Mohd Hisyam b Abdul Rahim



Muslimin dan muslimat digalakkan untuk mengemukakan soalan berkaitan tajuk Tazkirah menerusi e-mail : ucitv@uthm.edu.my



“ DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



ZALINAH BTE SALEHON

b.p. Ketua UCiTV
zalinah@uthm.edu.my
4538384

Tuesday, October 14, 2008

Research And Innovation Festival 2008 (R&I Fest'08)

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,


MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM RESEARCH & INNOVATION FESTIVAL 2008 (R&I Fest’08)



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Innováis (PPI) akan menganjurkan program Research & Innovation Festival 2008 (R&I Fest’08) seperti ketetapan berikut :



Tarikh : 14 hingga 16 Oktober 2008

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM



3. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalak dan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi di kalangan staf dan pelajar UTHM, mengiktiraf hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan serta menyediakan ruang untuk perkongsian penemuan dan dapatan hasil penyelidikan kepada warga universiti khasnya dan kepada masyarakat umum amnya.



4. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan yang akan dianjurkan dalam R&I Fest’08 seperti berikut :



4.1 Kategori Staf : Pertandingan Produk Penyelidikan

4.2 Kategori Pelajar : Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (Produk)

: Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (Idea)



5. Sukacita bersama-sama ini disertakan bahawa borang pertandingan dan syarat-syarat penyertaan untuk makluman dan dokumen terbabit juga boleh didapati melalui laman web PPI. Kerjasama Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan adalah diharapkan untuk menyerahkan borang penyertaan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan)/Timbalan Pengarah di fakulti/pusat masing-masing.



Pihak kami ingin memohon kerjasama semua staf akademik untuk memaklumkan kepada pelajar masing-masing mengenai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti.



6. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi kedua-dua pertandingan yang diadakan ini adalah pada 19 SEPTEMBER 2008.



7. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai.



Sekian, terima kasih.



Lampiran:

1. Syarat Pertandingan

2. Borang Penyertaan - Staf

3. Borang Penyertaan - Pelajar



‘DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’



Yang benar,

Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

Sunday, October 12, 2008

Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008)

Tuan Hj Mohd Nor b Ihkasan
Ketua Unit UCITV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Melalui dan Salinan :

En Abdul Malek b Ibrahim
Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan

PERMOHONAN SISTEM RAKAMAN VIDEO DI BAWAH TANGGUNGJAWAB DAN PEMERHATI UIT UCiTV UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI), Sekretariat Perpaduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan program Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008). Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon penggunaan siaraya, sistem rakaman video dan bantuan juruteknik di bawah tanggungjawab unit UCiTV, UTHM. Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Nama program : Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008)
Tarikh : 12 Oktober 2008
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Tetamu Khas : YB Asojan Muniandy

3. Adalah besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menimbang dan seterusnya meluluskan permohonan kami. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Saturday, October 11, 2008

Malam Kebudayaan Tiong Hua

DTII
11 Oktober 2008 (Sabtu)
8.00 malam

Friday, October 10, 2008

Minggu Bahasa Antarabangsa

Y. Bhg. Prof. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi sedang menganjurkan Program Minggu Bahasa Antarabangsa, butiran adalah seperti berikut:

TARIKH : 7, 8 & 10 Oktober 2008

AKTIVITI : 1. Pameran
Foyer Blok B
7 & 8 Oktober 2008

2. Kapal Terbang Berhias
Padang Ragbi
8 Oktober 2008
2.30ptg

3. Malam Bahasa Antarabangsa
Dewan Tunku Ibrahim Ismail
10 Oktober 2008
8.30 mlm

Warga universiti dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.


Poster


" DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"


Mohd Yusof Bin Mohd Nor

4537915

yusofn@uthm.edu.my

Monday, October 6, 2008

Program Saloon Culinaire 2008

Saloon Culinaire 2008 anjuran pelajar kursus Diploma Pengurusan Hotel dan Katering 5, Politeknik Sultan Idris Shah

Tarikh : 6 ~ 9 Oktober 2008
Masa: 8.00 AM hingga 11.00 PM
Tempat : Sekitar perkarangan Jabatan Hospitaliti

Friday, September 26, 2008

MAJLIS WACANA ILMU KALI KE- 5 2008 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 (52) 17 September 2008



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 52/2008



MAJLIS WACANA ILMU KALI KE- 5 2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Sukacita dimaklumkan Pejabat Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat dengan kerjasama Pejabat Penerbit akan mengadakan program di atas sebagaimana butiran berikut :



Tarikh : 26 September 2008 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Penceramah : Ustaz Ellias bin Zakaria Universiti Sains Malaysia

Tajuk Ceramah : Al-Quran Membangun Intelek Ummah Sejagat



3. 2. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput hadir. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian Y. Bhg Prof./ tuan/ puan.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”





Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Friday, September 19, 2008

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN ANTARABANGSA PLANET BUMI PERINGKAT UTHM TAHUN 2008



Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,
 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
 UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2008
 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 51/2008
 FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN ANTARABANGSA PLANET BUMI PERINGKAT UTHM TAHUN 2008

Sukacita dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program di atas sebagaimana butiran berikut :

 Tarikh :19 September 2008 (Jumaat)
 Masa :8.30 pagi hingga 11.00 pagi
 Tempat :Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
 Tajuk Ceramah :Pemuliharaan Bumi Tanggungjawab Ummah

 2. Sehubungan dengan itu semua staf diwajibkan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

 3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg Prof./ tuan/ puan.

 “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” 

Yang benar,
SULAM BIN HAMID Pendaftar 
7100
 s.k - Naib Canselor
 - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
 - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
 - Dekan-Dekan Fakulti
 - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Thursday, September 11, 2008

MoU Signing Ceremony between UTHM and Carbon Capital Corporation Sdn Bhd (3C)

MoU Signing Ceremony between UTHM and Carbon Capital Corporation Sdn Bhd (3C) 

Date : 11 Sept 2008 (Thursday)
Time : 11.00 am
Venue : Anjung UTHM, Kuala Lumpur

Tuesday, September 9, 2008

PAMERAN PATRIOTISME DAN KENEGARAAN MALAYSIA 2008

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

PAMERAN PATRIOTISME DAN KENEGARAAN MALAYSIA 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kemanusiaan Dan Komunikasi akan menganjurkan Pameran Patriotisme dan Kenegaraan Malaysia 2008 seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 9 hingga 10 September 2008
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

3. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk meghadiri dan menyaksikan pameran yang disertai oleh pelajar-pelajar UTHM.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


‘DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA’



Jawatankuasa Publisiti & Dokumentasi
Pameran Patriotisme & Kenegaraan Malaysia
yusofn@uthm.edu.my