Wednesday, April 16, 2008

Seminar EMCcenter Siri 2/2008

Y. Bhg. Prof./Prof.Madya/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan kepada semua staf akademik, EMCcenter FKEE akan menganjurkan seminar siri 2/2008 seperti butiran berikut:-

Tarikh: 16 April 2008 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Studio Pendidikan

Penceramah: Dr Alireza Kazemipour
Laboratoire National de Métrologie et d’Essais LNE – France

Tajuk: Electromagnetic Anechoic Chamber: Introduction and Design Parameters

Anda dijemput hadir. Tk.


Mohd Zarar Mohd Jenu
Centre for Electromagnetic Compatibility
FKEE
zarar@uthm.edu.my

4537190

Friday, April 11, 2008

Kolokium PPKK

Y. Bhg. Prof./Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kolokium anjuran Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 April 2008 (Jumaat)
Masa : 10.30 - 12.30 tengahari
Tempat : Galeri Ilmu
Tajuk : Instructional Module for Experiential Learning in Humanities Studies
Pembentang : Dr. Hussain Othman


Semua staf dengan hormatanya dijemput hadir. Perhatian dan kerjasama Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini di dahului dengan ucapan terima kasih.

Salleh Talib
Pengerusi
Jawatankuasa Kolokium PPKK
Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Samb. 7011


Noryani Neni AHMAD JAMAIN
Center for Humanities & Communication Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat JOHOR
Tel : +6074537919
Fax :+6074536090
noryani@uthm.edu.my

Thursday, April 10, 2008

Ceramah PERKASA

Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Ir./Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pensyarah dan Pengajar (PERKASA) UTHM akan mengadakan satu ceramah berkaitan isu berpersatuan di kalangan Staf Akademik Universiti. Butiran aturcara ceramah adalah seperti berikut:-

Tarikh: 10 April 2008 (Khamis)
Masa: 9.30 - 10.30 am
Tempat: Dewan Kuliah 2

Penceramah:
Prof. Dr. Raduan bin Che Rose,
Presiden Persatuan Pegawai Akademik (PPAUPM)
Universiti Putra Malaysia.

Bersama-sama dengan ini disertakan poster ceramah PERKASA seperti di lampiran. Semua Staf Akademik dijemput hadir.

Muhammad Suhaimi Sulong
AJK PERKASA
Faculty of Electrical and Electronic Engineering
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Hp: 019-7100827
msuhaimi@uthm.edu.my

Wednesday, April 9, 2008

The Second Seminar on Research and Further Study Opportunities at

Y. Bhg. Dato' / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Mdm / Miss,

It is with great honour that we would like to inform you of our upcoming Research and Study Opportunities Seminar organised by the Centre for Corporate, Communications and International Relations(PEKA).The event will be held as below and is open to all interested staff:

Date : 9th April 2008
Venue : Education Studio
Time : 2.30pm - 4.00pm
Title : Research and Further study opportunities at Nottingham University.
Guest Speaker : Professor Ian Pashby, Deputy Vice-President, The University of Nottingham Malaysia Campus

Y. Bhg. Dato’ / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Madam / Miss are invited to attend the above-mentioned seminar and we are very much looking forward for your presence with the hope that the visit by Professor Ian Pashby and your participation in the seminar will enhance the University's effort for internationalisation and research development.

Many thanks and I have attached the itinerary of the event and profile of the guest lecturer as follows and please do not hesitate to contact us at PEKA should you need further information prior to the seminar.

Thank you, “WITH WISDOM, WE EXPLORE”

Mahadi bin Sibon
Timbalan Pendaftar Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-453 7458 Mob: 019-7139357
mymahadi@uthm.edu.my

Innovation & Commercialisation Showcase & Seminar 2008

Anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi 
Innovation & Commercialisation Showcase & Seminar 2008.

Tarikh : 9 April 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 am ~ 5.00 pm
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Paten Drafting & Paten Filing Procedure
Assoc. Prof. Rohazar Wati Zuallcobley
Deputy Director General (IP) MyIPO
https://www.youtube.com/watch?v=pd3AH4yEJ9w

SMIDEC Grants & Financial Assistance for Developing SMEs
Fadzilah Ahmad Din
Director of Enterprise & Entrepreneurship Development
https://www.youtube.com/watch?v=tJfn5W1V4zI

Potential Avenues for Industrial University Collaborations for Iskandar Development Region
Mr. Mohamad Rahiman

Building Pull Platform in University Industry Collaboration
Mr. Ikuro Nagano

Mind To Market Making Money from your R&D and Innovation Initiatives and Other Key Factors in Succesfull Commercialization
Mr. Sandy Ping

What Makes A Science Park More Than A Real Estate Development
Phillip Mendes
Principal Opteon Pty Limited Australia
https://www.youtube.com/watch?v=CVbEm5CesNQ


Saturday, April 5, 2008

Program Finishing School ( 5 April 2008)

Tarikh : 5 April 2008 (sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : DK G3, DTII

Friday, April 4, 2008

Malam Anugerah Pelajar 2007

Tuan,


PERUBAHAN TARIKH MALAM ANUGERAH PELAJAR

Dengan segala hormatnya saya diaarah merujuk kepada perkara di atas dan surat UTHM/HEP/100-36/35(26) adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Malam Anugerah Pelajar Anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar bagi tahun 2007 yang dijadualkan pada 28 Mac 2008 (Jumaat) terpaksa ditunda ke satu tarikh sebagaimana butiran berikut:-

Tarikh : 4 April 2008
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
Masa : 8.00 malam

3. Sehubungan itu, kerjasama daripada oihak tuan adalah dipohon untuk membuat rakaman program tersebut. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

4. Kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan akibat perubahan tarikh tersebut amatlah dikesali dan didahului dengan ribuan maaf.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH,KITA MENEROKA'

Yang Benar;


HAIRUL NIZAT BIN SIBAN
b/p Timbalan Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
7044

sk - En Khairuddin bin Hj Alias


Penolong Pendaftar Kanan Pejabat HEP



COLOQUIUM 2

COLOQUIUM 2 :
Title : "Standarts for Vocational Teacher Qualification""
Speaker : Prof. Dr. Peter Gerds (Universiti Bremen, Germany)
Date : 4 April 2008
Time : 9 a.m. - 12 p.m.
Venue : Dewan Kuliah 2
Organized by : Research & Innovation Committee, Faculty of Technical Education, UTHM.

Thursday, April 3, 2008

Pesta Ponggal 2008

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN SIARAYA, SISTEM RAKAMAN VIDEO DAN BANTUAN JURUTEKNIK DI BAWAH TANGGUNGJAWAB DAN PEMERHATIAN UNIT UCITV UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biri Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI), Sekreteriat Perpaduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Pesta Ponggal 2008. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon penggunaan siaraya, sistem rakaman video dan bantuan juruteknik di bawah tanggungjawab Unit UCiTV, UTHM. Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Nama Program : Pesta Ponggal 2008
Tarikh : 3 April 2008
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Padang Kawad & DTII
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

3. Sehubungan dengan itu, kami penganjur akan mengadakan latihan persembahan dan protokol pada 1 dan 2hb April 2008. Maka, pihak kami juga ingin meminta bantuan pihak juruteknik untuk menghadiri sesi latihan tersebut bagi meringankan lagi kerja-kerja penggunaan siaraya dan sistem rakaman video yang akan dibuat tidak mengalami sebarang masalah dari segi teknikal. Butir-butir mengenai latihan persembahan dan protokol adalah seperi berikut:

Tarikh : 1 April &2 April 2008
Masa : 7.30 malam - 11.00 malam (1 April 2008)
5.30 malam - 10.00 malam (2 April 2008)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

4. Adalah besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menimbang dan seterusnya meluluskan permohonan kami. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Prakash A/L Gopal Samy di 0166956293 talian selaku Ketua Setiausaha. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

Yang Benar,


(PRAKASH A/L GOPAL SAMY)
Ketua Setiausaha
Pesta Ponggal 2008
merangkap
Sekretariat Perpaduan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

s.k - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Fail Sektetariat
- Fail Pengarah Program

Tuesday, April 1, 2008

Taklimat E-Filing / E-Filling UTHM 2008

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kluang akan mengadakan Program HARI E-FILING UTHM 2008 pada 1 April 2008 ini.

3. Tentatif pogram seperti berikut :

Taklimat E-Filing UTHM 2008-Panduan Pengisian borang Online
Tarikh : 01 April 2008
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Masa : 8.45 pagi - 10.00 pagi

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat membuat rakaman program berkenaan di lokasi seperti yang dinyatakan di atas. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang Benar,


AINNUL EZWAN BIN HASSAN
Pegawai Kewangan
7075