Sunday, December 22, 2024

Majlis apresiasi industri dan masyarakat ( MAJIM) 2024

 Majlis apresiasi industri dan masyarakat ( MAJIM) 2024

Tarikh : 22 Disember 2024 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Banquet, DSI

Majlis Apresiasi Jaringan Industri & Masyarakat (MAJIM 2024) Bertempat di Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Majlis anjuran Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) yang diinspirasikan oleh Prof. Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Shahiron bin Shahidan, Pengarah ICRC UTHM ini buat julung kalinya diadakan untuk meraikan kejayaan luar biasa para penyelidik dan staf UTHM yang gigih membina rangkaian strategik industri dan komuniti.
Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM pagi ini telah hadir menyempurnakan MAJIM 2024. Sebanyak 14 kategori Anugerah telah disampaikan iaitu Penyelaras MOU Terbaik, Penyelaras MOA Terbaik, Kerjasama Industri Terbaik, Jaringan Kerjasama Industri Terbaik Kategori Fakulti/PTJ, Anugerah Khas Industri Terbaik, Projek Komuniti Berimpak Tinggi Terbaik, Projek Komuniti Lestari Terbaik, Jaringan Masyarakat Terbaik Kategori Fakulti/PTJ, Felo Perhubungan Masyarakat Terbaik, Felo Perhubungan Industri Terbaik, Kerjasama Masyarakat Terbaik, Anugerah Khas Inovasi Sosial Terbaik, Sijil Penghargaan FPI & FPM dan Anugerah khas ICRC.
Majlis ini turut diisi dengan pelancaran Projek UTHM-Sinar Pusara yang telah diinspirasikan oleh Dato’ Naib Canselor UTHM. Projek ini merupakan inisiatif unik serta mempunyai hikmah yang tersendiri. Penerima manfaat dapat menggunakan pencahayaan solar di waktu malam bagi pengurusan jenazah serta meningkatkan keselamatan kawasan perkuburan sambil mempromosikan teknologi hijau dan memperkukuh hubungan universiti-komuniti secara mampan.
Hadir sama, Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Encik Naim bin Maslan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi; Pegawai - pegawai Kanan Universiti, ahli akademik serta para penerima anugerah yang penuh inspirasi dari pelbagai kategori industri dan masyarakat.
MAJIM adalah langkah dinamik bagi memastikan staf yang bersinar akan terus dihargai dalam menjalinkan kolaborasi bersama industri dan masyarakat agar terus berkembang, seiring dengan misi UTHM ke arah kecemerlangan global.

Majlis ini bukan sekadar memberi penghargaan, tetapi simbol komitmen UTHM yang tinggi untuk terus menjalin hubungan erat bersama industri dan komuniti. Bersama kita memastikan ilmu yang bermanfaat, merentasi sempadan, demi kemajuan dan kesejahteraan negara tercinta.

Monday, December 16, 2024

Rakaman Majlis Graduasi Tadika Uthm

 Rakaman Majlis Graduasi Tadika Uthm

Tarikh : 16 Disember 2024 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : DKA G3


Saturday, December 14, 2024

Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Daerah Kluang

 Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Daerah Kluang

Tarikh : 14 Dis 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang

Thursday, December 12, 2024

Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2024



Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2024

Tarikh : 12 Disember 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Saturday, December 7, 2024

Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24

 





Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24
Tarikh : 7 - 12 Disember 2024
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Friday, December 6, 2024

Hooding Ceremony Postgraduate Luncheon 2024

 


Hooding Ceremony Postgraduate Luncheon 2024

Date : Friday 06 December 2024 
Time : 8.00 am
Venue : Location Maple Hall, Orchid Event Space, The Summit Batu Pahat.