Wednesday, March 31, 2010

Majlis Penyerahan Air Mineral & Bekas Air

Majlis Penyerahan Air mineral & Bekas Takungan Air kepada pelajar Asrama

Tarikh : 31 Mac 2010
Masa : 3.30 PM
Tempat : Kolej Kediaman Tun Fatimah

Kolokium Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan Bil 3/2010

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUAT RAKAMAN DI KOLOKIUM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN BIL 3/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera dan Warisan akan mengadakan kolokium bil. 3/2010 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Galeri Ilmu
Aturcara: Sila lihar aturcara
3. Sehubungan dengan itu, fakulti memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat rakaman sepanjang kolokium tersebut berlangsung. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan perjalan program ini boleh diajukan kepada setiausaha program, Cik Azila Binti Md Sudin di samb. 7957.

4. Kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berkenaan dengan permohonan ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
PROF. MADYA DR HUSSAIN BIN OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Kolokium dan Seminar

Majlis Syarahan Perdana Bil. 2 Tahun 2010


Tarikh :31 Mac, 2010 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Pemidato : Profesor Dr. Jailani Md. Yunos

Tajuk : "TT-TVET and The World of Work"

Thursday, March 25, 2010

Sambutan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sambutan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 Mac 2010

Tempat : Masjid Jamek Rengit

Anjuran : Pusat Islam UTHM

Seminar Peningkatan Profesionalisme Pendidikan

Tuan,

MOHON PERKHIDMATAN DOKUMENTASI (PENGGAMBARAN VIDEO & FOTOGRAFI) BAGI SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDIDIKAN. TEMA : KEARAH PEMANTAPAN ETIKA DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, seminar anjuran PKPGB tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 25 Mac 2010
hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM

3. Dengan ini besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan majlis tersebut.

4. Bersama-sama ini dilampirkan jadual seminar untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar
AZIZ B ATAN
Pengerusi J/K Dokumentasi
Seminar PKPGB, 2010

****************************************

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi : Ceramah 1 : Pengenalan Kepada Akta SPRM 2009
: Penyampai : Encik Kamaruddin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
10.30 - 11.00 pagi : Kudapan
11.00 - 1.00 pagi : Ceramah 2 : Punca, Kesan dan Simptom Rasuah
: Penyampai : Encik Kamarudin Bin M.Ripin
Pejabat SPRM Cawangan B.Pahat
1.00 ptg : Majlis Penutup dan Bersurai

Tuesday, March 23, 2010

Permohonan Khidmat Jurugambar

Tuan,

PERMOHONA KHIDMAT JURUGAMBAR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa K-Utech Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Universiti Tun hussein Onn Malaysia. Pada hari Selasa 23 Mac 2010 ini, K-Utech Sdn Bhd. 5th Anniversary. Di antara objektif program aalah untuk meraikan kejayaan syarikat K-Utech bertahan selama 5 tahun dan kini syarikat melangkah semakin jauh dalam mencapai visi dan misi syarikat.

Untuk makluman tuan, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM serta beberapa orang pegawai kanan universiti telah mengesahkan kehadiran mereka ke majlis tersebut serta beberapa orang anak yatim akan dijemput khas dalam program ini. Sehubungan dengan itu, pihakkamu memerlukan perkhidmatan jurugambar dari unit UCiTV untuk mengambil gambar-gambar peristiwa serta rakaman video pada malam itu.

Kerjasama dan perhatian tuan mengenai perkara diatas amatlah dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini disertakan aturcara majlis untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian.

K-Utech Sdn Bhd
BAHARUDIN MOHAMED
Pengarah Urusan

Thursday, March 18, 2010

Program "Construction Brigade" UTHM

Program "Construction Brigade" Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 18hb Mac 2010 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd.,

Wisma KLIA Holding,

No. 12, Jalan 6/7A, Seksyen 6,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Perasmi : YBhg. Tan Sri Dato' Ir.Jamilus Md. Hussin

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM

Tuesday, March 16, 2010

Majlis Perhimpunan Bulanan & Senamrobik

Tarikh : 16 Mac 2010 (Selasa)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dataran Parkir Masjid

Pakaian : Pakaian Sukan

*Semua staf diwajibkan hadir

Saturday, March 13, 2010

Adat Perkahwinan Orang Asli di Sayong Pinang




Program Jalinan Universiti - Masyarakat

tajuk : Adat Perkahwinan Orang Asli di Kampung Sayong Pinang
Tarikh : 13 Mac 2010
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg

Friday, March 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (17) 9 Mac 2010



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 17/2010



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431Hijrah peringkat Universiti seperti butiran berikut :-



Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Masa : 8.30 pagi ~ 11.00 pagi

Penceramah Jemputan : Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



2. Semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Bersama-sama ini di lampirkan aturcara majlis untuk makluman semua.



Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof/tuan/puan. Terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit









SH/fs/09032010/PekelilingPengurusan





_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

1431 HIJRAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



7.45 pagi - Perarakan Maulidur Rasul 1431 Hijrah

8.30 pagi - Staf mengambil tempat

9.00 pagi - Ketibaan Pegawai Kanan Universiti dan Y.Bhg Dato’ Naib Canselor UTHM

9.05 pagi - Bacaan Doa oleh Ust. Kamal Izhar bin Kamarul Zaman

9.10 pagi - Ucapan Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul

Oleh : Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al- Edrus

(Pengarah Pusat Islam UTHM)

9.15 pagi - Bacaan Berzanji dan Selawat

9.30 pagi - Ceramah Maulidur Rasul oleh:

Y.Bhg As Syeikh Ahmad Faisal bin Mohammed

(Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal

dan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor)



11.30 pagi - Penyampaian Bantuan Pendidikan Takaful Etiqa dan

Zakat daripada K-UTECH SDN BHD kepada MAINJ

Oleh Dato’ Naib Canselor UTHM



11.45 pagi - Jamuan dan bersurai

Thursday, March 11, 2010

Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tarikh : 11 Mac 2010 (Khamis)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Masjid Jamek Yong Peng

MAJLIS DISKUSI ILMU SEMPENA ULANGTAHUN KE-3 PENGGUNAAN NAMA UTHM


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (18) 10 Mac 2010





PEKELILING PENGURUSAN BIL. 18/2010





MAJLIS DISKUSI ILMU SEMPENA ULANGTAHUN KE-3 PENGGUNAAN NAMA UTHM





Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Strategik Dan Kualiti akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu sempena ulangtahun ke-3 penggunaan nama UTHM sebagaimana ketetapan berikut:



Tarikh : 11 Mac 2010 (Khamis)

Masa : 8.15 pagi (ketibaan staf)

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII),UTHM



3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir dan diminta merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100







s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit











SH/fs/08032010/pekelilingpengurusan









____________________________________________________________________________________________________













ATURCARA

MAJLIS DISKUSI ILMU SEMPENA

ULANGTAHUN KE-3 PENGGUNAAN NAMA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



11 MAC 2010 (KHAMIS)



DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

******************************************************************************



8.15 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti



8.30 pagi : Ketibaan Panel Jemputan

Ketibaan Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

Naib Canselor UTHM





8.45 pagi : Bacaan Doa

Kata Aluan Pengerusi Majlis

Kata Aluan Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin





9.05 pagi : Diskusi Ilmu bertajuk :

“Penjenamaan Universiti Berasaskan Evolusi UTHM”





10.45 pagi : Sesi Soal Jawab



11.00 pagi : Majlis Penyampaian Cenderahati



12.15 pagi : Jamuan Ringan dan Majlis Bersurai



Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan,



Sukacita mengalu-alukan seluruh warga kerja UTHM untuk menghadirkan diri dalam Majlis Diskusi Ilmu anjuran Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK).

Butiran ringkas program sebagaimana berikut:

Tarikh : 11 Mac 2010 (Khamis)

Masa : 8.15 pagi (ketibaan staf) - sila rekodkan kehadiran di pintu sisi dewan

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail



Tajuk Forum : Penjenamaan Universiti Berasaskan Evolusi UTHM

Penel Forum : Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim b. Mohd Kassim

Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin b. Ahmad

Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ismail b. Hj. Bakar

Kehadiran warga UTHM akan memeriahkan majlis ini yang diadakan bersempena ulang tahun ke-3 Penggunaan Nama UTHM.



Sekian, terima kasih.


--

Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Pelancaran 5S Peringkat Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan

Tarikh : 10 Mac 2010
Masa : 2.30 peteng
Tempat : Bilik Mesyuarat Gunasama Kampus Bandar (UTHM)
Dirasmikan Oleh : YBhg. Proof. Dr. Sharipah binti Sultan Sidi
Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan

Tuesday, March 9, 2010

Program Sehari Bersama Profesor Adjung 2010


Tarikh : 9 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

Sunday, March 7, 2010

'Perayaan Sedekad Silat Cekak Hanafi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia'





Tarikh : 7 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Perasmi :

Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM

Mempromosikan Silat Cekak Hanafi sebagai satu budaya Melayu yang berkembang seiring dengan tuntutan gaya hidup masa kini
Memperkasakan sumber manusia Kelab Silat Cekak Hanafi supaya dapat melahirkan generasi persilatan yang cemerlang, gemilang & terbilang.
Untuk Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi persilatan, keilmuan, pemikiran dan keagamaan.
Membentuk mahasiswa yang dapat menyumbangkan jasa bakti demi agama, bangsa dan negara sesuai dengan hasrat kerajaan bagi menangani gejala sosial di kalangan belia di negara ini.
Mengharumkan nama UTHM melalui program-program yang telah dan akan dirancang sepanjang perayaan tersebut.

Friday, March 5, 2010

Karnival Tahun Baru Cina 2010

Biro Kebudayaan Tiong Hua, Sekretariat Perpaduan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina seperti berikut:

Tarikh : 3-5hb Mac 2010

Masa : 9.00 pagi - 10.30 malam

Tempat :

* Dewan Tunku Ibrahim Ismail
* Padang Kawad
* Dewan Terbuka

Thursday, March 4, 2010

Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-3 Penggunaan Nama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Tarikh : 4 Mac, 2010 (Khamis)

Tempat : Masjid Jamek Sultan Ismail

Masa : 7.00 malam

Pensyarah Jemputan Profesor Madya Dr Mohd Rizal b Arshad di Fakulti Kejuruteraan Eleketrik Dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

PROGRAM PENSYARAH JEMPUTAN PROFESOR MADYA DR MOHD RIZAL BIN ARSHAD DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Bin Arshad Pensyarah Jemputan FKEE.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti amat berharap agar pihak tuan dapat membuat rakaman sebagaimana ketetapan berikkut:-

Tarikh : 4 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kompleks FKEE

4. Semoga mendaoat kelulusan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
DR. HAJI JIWA BIN ABDULLAH
Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)
FKEE

Tentatif


9.00 am Program 1:
Further study opportunity in USM and Research group collaboration
FKEE Seminar Room

10.30 am Tea Break
FKEE Seminar Room

11.00 am Program 2:
Talk on Underwater System Technology
(4th year Students and UTHM Staff)
FKEE Seminar

1.00 pm Lunch

2.30 pm Program 3:
Talk on Underwater Vehicle Technology
(4th year Students and UTHM Staff)
FKEE Seminar Room

4.30 pm Tea Break
5.00 pm Journey from UTHM to Hotel Katerina Journey to Hotel Katerina

Majlis Syarahan Perdana Bil. 1 Tahun 2010




UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (14) 01 Mac 2010

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 14/2009

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2010

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2010 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 04 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII),UTHM
Pemidato : YBhg. Prof. Dr. .Hashim bin Saim
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
Tajuk : "Integrated Circuits : The Roles and Impacts
In Technology Development"

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100


s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Tuesday, March 2, 2010

Majlis Perwakilan Pelajar

Tarikh : 2 Februari 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : D' Impian Inn, Parit Raja