Saturday, March 28, 2009

Program Forum Perdana Maulidur Rasul S.A.W Anjuran Pusat Islam UTHM

Tuan,

MEMOHON RAKAMAN PROGRAM FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL SAW ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MASJID PARIT SEMO, AIR HITAM BATU PAHAT

Dengan segla ahormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pusat Islam akan menganjurkan program Forum Perana Mulidur Rasul SAW anjuran Pusat ISlam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Masjid Jamek Parit Semo, Air Hitam Batu Pahat pada 28hb Mac 2009 bertempat di Masjid Ar Rahman, Parit Semo, Air Hitam Batu Pahat.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan bermula pada jam 4.30 petang melibatkan pameran Palestin daripada pelajar UTHM, persembahan nasyid dan berzanji sehingga Forum Perdana Maulidur Rasul SAW. Program ini dijangka tamat pada jam 11.00 malam. pihak kami memohon agar rakaman dapat dibuat semsa program dilaksanakan.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

yANG BENAR,

DR. HUSSAIN B OTHMAN
Pengarah Pusat Islam

************************

Pengerusi Panel : Dr Hussain b Hj Othman (Pengarah Pusat Islam UTHM)
Panel : 1. Ustaz Abdullah b Sulaiman
Pensyarah Pengajian Islam, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi UTHM)
2. Profesor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus
Pensyarah Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, UTHM

Friday, March 27, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 HIJRAH Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah peringkat Universiti seperti butiran berikut :-

Tarikh : 27 Mac 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Masa : 9.00 pagi
Penceramah Jemputan : As-Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin Al-Maliki
(Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan)

2. Semua staf yang beragama Islam diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Bersama-sama ini di lampirkan aturcara majlis untuk makluman semua.

Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof/tuan/puan. Terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100

Thursday, March 26, 2009

Surviving A Ph.D

Tajuk : Surviving A Ph. D
Tarikh : 26 Mac 2009
Masa : 10.00 am
Tempat : Bilik Seminar 2, FKEE
Panel : Dr Mohd Mahadi
Dr Nafarizal
Dr Goh Hui Wang

SEMINAR CIRS ; “KAEDAH PEMASARAN MELALUI LAMAN WEB SEBAGAI WADAH PENGANTARABANGSAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI” ANJURAN PEJABAT PERHUBUNGAN KORPORAT D

Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan,

SEMINAR CIRS ; “KAEDAH PEMASARAN MELALUI LAMAN WEB SEBAGAI WADAH PENGANTARABANGSAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI” ANJURAN PEJABAT PERHUBUNGAN KORPORAT DAN ANTARABANGSA, UTHM.

Dsegala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa (PEKA) akan menganjurkan Seminar CIRS ; “Kaedah Pemasaran Melalui Laman Web Sebagai Wadah Pengantarabangsaan Institusi Pengajian Tinggi”. Semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk menghadiri seminar berkenaan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Mac 2009
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Studio Pendidikan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Penceramah : Dr. Noor Hazarina bt. Hashim
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor

Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh Y.Bhg.Prof./tuan/puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

ZAINIZAN BIN MD.ESA
Unit Hubungan Korporat dan Industri
Pejabat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07 – 453 7458
Fax : 07 – 453 6262
zainiz@uthm.edu.my

Thursday, March 19, 2009

10 Tahun kelab Iqra'


Tuan,

MEMOHON LIPUTAN SIARAN BERSEMPENA PROGRAM 10 TAHUN KELAB IQRA'

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Kelab Iqra' akan mengadakan program 10 Tahun Kelab Iqra' bersempena ulang tahun Kelab Iqra' yang ke-10 pada 19 hingga 21 Mac 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan membuat liputan untuk perjalanan program tersebut. Berikut adalah maklumat berkaitan perjalanan program:

Tarikh : 19 Mac 2009
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Majlis : Majlis Perasmian

Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan amat kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

'MEMBINA GENERASI AL-QURAN'

Yang benar,

MOHD FAKHRIE BIN IBRAHIM
Pengarah Program

Wednesday, March 18, 2009

Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2009

Tuan,

PERLANTIKAN JURUTEKNIK BAGI PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Fakultio Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama pejabat Pembangunan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan program khidmat masyarakat di DUN Serom pada 20 hingga 22 Mac 2009 sebagai salah satu Program Jalinan Universiti -Masyarakat yang telah dilancarkan oleh pihak UTHM.

3. Sehubungan dengan itu, pihak UCiTV bersetuju untuk melantik pihak tuan/puan terlibat untuk membuat rakaman program sepanjang tempoh program berlangsung tersebut di lokasi yang berkenaan.

4. Justeru itu, pihak kami berharap tuan/puan dapat membuat persediaan menguruskan segala peralatan teknikal dan logistik bermula 18 Mac sehingga 22 Mac 2009 di DUN Serom, Muar, Johor.

5. Diharap perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjsama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Majlis Penghargaan SAGA Fasa 1

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN JURUGAMBAR DAN VIDEO

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Universiti telah dipilih sebagai Agensi Terbaik Pelaksanaan SAGA Fasa 1 yang telah diadakan di UTHM pada 13 Mac 2009 yang lalu. Bagi mengahrgai komitmen dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan SAGA di Universiti, satu Majlis Penghargaan Sempena kejayaan UTHM sebagai Agensi Terbaik Pelaksanaan SAGA Fasa 1 akan diadakan pada 18 Mac 2009 (10.00pagi) di Dataran Terbuka. Untuk makluman pihak tuan majlis tersebut akan dihadiri oleh Dato' Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk menyediakan perkhidmatan jurugambar dan kemudahan video di sepanjang program berjalan.

Kerjasama daripada pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,
AZIZAH BINTI NASRI

Sunday, March 15, 2009

Pertandingan Catur Bistari Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tuan,

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat TekoUsahawan (TEC) dengan kerjasama Biro-Biro Keusahawanan Kolej Kediaman UTHM akan menganjurkan Peryandinagn CATUR BISTARI peringkat UTHM pada 15 Mac 2009 (Ahad) di Dewan Peperiksaan F2 (bawah). Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membantu memberi pendedahan dan memupuk semangat jihat untuk menceburi bidang keusahawanan dikalangan mahasiswa/i UTHM melalui permainan baru berasaskan perniagaan.

3. Sehubungan dengan itu, TEC amat berbesar hati ingin menjemput pihak tuan merakamkan pertandingan tersebut bagi pihak TEC sebagai salah satu lagi aktiviti yang dianjurkan di UTHM.

4. Bersama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

PROF. MADYA NAWAWI B JUSOH
Ketua Pusat TeknoUsahawan


******
TENTATIF PROGRAM

8.30 PAGI : Pendaftaran Peserta & Minum pagi
9.00 Pagi : Taklimat Pertandingan
9.30 Pagi : Cabaran Catur Bistari
12.00 T/h : Ucapan aluan pihak penganjur & penyampain hadiah

Saturday, March 14, 2009

Gala Night Finishig School

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT UCITV BAGI 'GALA NIGHT' PROGRAM ' FINISHING SCHOOL' 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Akademik (CAD) akan mengadakan program 'Finishing School' 2009 pada 14hb Februari 2009 hingga 14 Mac 2009 bertempat disekitar kampus universiti.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik daripada pihak tuan agar dapat menyediakan khidmat jurugambar dan juga perakam video sepanjang program tersebut dijalankan. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut:

Tarikh : 14hb Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam
Tempat : Dataran Terbuka

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,

DR ISHAK BIN BABA
Timbalan Dekan
Pusat Pembangunan Akedemik

Thursday, March 12, 2009

Mesyuarat Kemajuan SAGA

Tuan,

PERMOHONAN PENGUNAAN KEMUDAHAN VIDEO DAN JURUGAMBAR

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Dimaklumkan bahawa Universiti telah dipilih oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Kemajuan SAGA Fasa 1 yang akan diadakan pada 12 - 13 Mac 2009. Untuk makluman pihak tuan majlis tersebut akan dihadiri oleh Dato' Ketua Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Dato' Naib Canselor, Ketua-ketua Agensi yang menggunakan SAGA dan juga staf universiti yang dipilih.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan kemudahan video dan jurugambar di sepanjang program dijalankan. Berikut dilampirkan tentatif program untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,
AZUZAH BINTI NASRI
Timbalan Bendahari
UTHM

*********
13 Mac 2009
(Jumaat)

- Ketibaan Y. Bhg. Dato' ANM
- Doa
- Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UTHM
- Ucapan Y. Bhg. Dato ANM " Y. Bhg. Dato' Mohd. Salleh bin Mahmud "

Thursday, March 5, 2009

Program Motivasi Pelajar

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN RAKAMAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk. Kami dari Program 'Finishing School' anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CAD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin memohon kerjasama dari pihak tuan untuk merakam majlis program motivasi kami yang akan berlangsung seperti yang akan dinyatakan di bawah.

2. Program ini akan berlangsung pada dan bertempat seperti yang berikut:

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah Batu Pahat
Tarikh : 5 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengahari

3. Diharap, dengan kerjasama dan kesudian dari pihak tuan akan melancarkan lagi program kami pada hari tersebut. Sokongan dan bantuan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Dyg Salwan bt Abg Abd Rahman
Ketua Program
Motivasi Pelajar Tingkatan 3
Sek. Men. Keb. Tun Aminah, Batu Pahat

Monday, March 2, 2009

Forum Sumbangan Universiti dalam Pembangunan Komuniti Lestari

Y. Bhg. Prof./Prof.Madya/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Forum Sumbangan Universiti dalam Pembangunan Komuniti Lestari akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Jam : 2.30 ptg -5.ooptg
Hari : Isnin (2hb Mac 2009)

Pihak urusetia amat berharap dan mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis tersebut

Sekian Terima Kasih

Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi

********

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus

Pembentang 1 : Y. Bhg. Prof. Dr Rosnah Binti Ismail
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pembentang 2 : Y. Bhg. Prof. Dr. Peter Songan
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Pembentang 3 : Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Kamal
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pembentang 4 : Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 12/2009

LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin akan melakukan lawatan kerja ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 02 Mac 2009 (Isnin)
Tempat : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Yang Berhormat Menteri juga akan membuat lawatan ke Projek Pembinaan Perpustakaan Universiti dan merasmikan bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti.

3. Sehubungan itu, staf yang terlibat dengan pembinaan bangunan perpustakaan dikehendaki menunggu kunjungan Yang Berhormat Menteri ditapak binaan. Manakala staf Pusat Kesihatan Universiti menunggu di bangunan Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang lain pula diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan di DTII. Staf yang terlibat dengan lawatan Yang Berhormat Menteri di tapak pembinaan perpustakaan dan perasmian bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti dikehendaki juga hadir ke DTII selepas majlis di kedua-dua tempat tersebut selesai. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan dimesin pengimbas yang disediakan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

4. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. /Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100